Sunday, August 2, 2009

Jauhilah....

Suatu ketika seorang lelaki datang dan berkata kepada Rasulullah s.a.w
"Ya Rasulullah,ada dua orang wanita kedua-duanya puasa dan mereka hampir saja mati kehausan.
Rasulullah berpaling dari orang itu lalu baginda diam.Kemudian orang itu kembali dan berkata pula.
"Ya Nabiyallah!Sungguh keduanya hampir mati",Sabda Rasulullah :"panggillah mereka ke mari".
Maka datanglah kedua orang wanita itu mengadap Rasulullah.
Lalu dibawa orang ke dalam majlis itu sebuah mangkuk besar.
Sabda Nabi kepada salah seorang wanita itu : "muntahlah"
Wanita itu memuntahkan nanah,darah dan daging sampai setengah mangkuk.Kemudian baginda suruh pula wanita yang satu lagi :"muntahlah"
Wanita itu memuntahkan nanah,darah,daging dan sebagainya sampai penuh mangkuk tersebut.
Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Wanita ini berpuasa dari apa yang dihalalkan Allah kepada mereka .tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan Allah terhadap mereka.Yang satu mengunjungi yang lain,lantas mereka memakan daging manusia bersama-sama"
(hadith riwayat Ahmad,Ibnu Abu Dunya,Abu Daud, Ath Thayaalisi dan Baihaqi dari Anas)

Dan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berapa banyak orang yang puasa ,tetapi dia tidak peroleh apa-apa dari puasanya melainkan lapar.Dan berapa banyak orang yang bangun solat malam,tetapi dia tidak boleh apa-apa dari solatnya selain berjaga"
(hadith riwayat Ibnu Majah,Nasai,Ibnu Khuzaimah didalam sahihnya Alhakim dan Baihaqi)

Kedua hadith diatas jelas mencela perbuatan mengumpat,berdusta,berlaku keji ,berkata kotor, dan lain-lain yg seumpamanya.Lelaki dan wanita puasa yang melakukan perbuatan tersebut bukan saja puasanya tidak diberi pahala,bahkan Allah tidak menerima puasa mereka itu.

Na'uzubillah.
Kadang-kadang hal ini tidak disedari...lantaran seronok berbual sembang ...sampai lupa...
Allah itu Maha mengetahui ape yg terzahir dan tersembunyi...apa yang terkandung dalam hati...
Kerana Dia...
Maha Melihat
Maha Mendengar
Maha Berkuasa
Sungguh!
Walau dimana pun....Dia tahu apa yang kita kata..meyoroklah di lubang cacing sekalipun untuk mengumpat...tidak akan terlepas.

Maka sahabat-sahabat.....
Jauhilah..

Saturday, August 1, 2009

Kuntum Kama Hua !

Muhadhoroh pertama yang ku ikuti sebagai pelajar Ijazah DQ-USIM ialah madah Prinsip Dan Amalan Komunikasi Dalam dakwah.
Sebelum ni memang sudah diterokai ilmu dakwah ini semasa pengajian Diploma dalam syukbah dakwah.Bezanya kali ni ialah belajar dalam bahasa Arab.
Buat aku teruja.
Patah demi patah dari Us Tarmizi(lecturer)ku amati sebaik mungkin.
Alhamdulillah...faham la jugak walaupun tak seratus peratus.Nasib baik bahasanya mudah.
Lalu aku kembali mengulangkaji ilmu dakwah.
Definisinya...dari sudut bahasa dan istilah
Marhalahnya...
-tablighiyyah
Al-Fadhil mustafa masyhur mengistilahkannya sebagai taarif dalam bukunya Fiqh Dakwah
konsepnya sama...memperkenalkan,memahamkan tentang Islam,menyebarkan idea dan fikrah secara umumi iaitu kepada semua lapisan masyarakat.peringkat ini sangat mendasar dan penting kerana ia merupakan langkah terawal dalam dakwah.Mad'u perlu diberi pemahaman yang benar dan jelas.Kejayaan di peringkat ini akan mempengaruhi peringkat-peringkat seterusnya.Ketika menyampaikan dakwah ini pendakwah harus mengemuakan kesyumulan ISLAM dengan lengkap.
Total...tanpa meninggalkan mana-mana bahagian.sosial,ekonomi,politik,pendidikan.....Oleh kerana itu ,Imam hasan Al-Banna menjadikan pemahaman Islam yang total ini sebagai dasar pertama sebelum memasuki peringkat seterusnya.Dia berkata"Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap dan menyeluruh,mencakupi seluruh aspek kehidupan.Islam adalah daulah dan tanah air,atau pemerintahan dan umat.Islam adalah akhlak dan kekuatan,rahmat dan keadilan.Islam adalah kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.Islam adalah materi dan harta,atau usaha dan kekayaan.Islam adalah jihad dan dakwah atau tetera dan idea.Islam adalah akidah dan ibadah"
Untuk melaksanakan dakwah ini,seorang dai harus memiliki sifat-sifat asasi iaitu menjadi contoh teladan dan model terbaik bagi idea(ISLAM)yang didakwahnya.Dan faktor terpenting ialah keikhlasannya dalam berdakwah agar dakwahnya menembusi hati hati mad'u tanpa ada kepentingan diri.
Bicaranya untuk dakwah,bergerak untuk dakwah,berjalan kerana dakwah.
Justeru,para da'i perlu ada bekalan iaitu kefahaman tentang ilmu Islam itu sendiri walau sedikit.Namun jangan sekali-kali merasakan memadai dengan ilmu yang ada.
Tribulasi dan mehnahnya pasti hebat kerana mad'u pelbagai tahap dan latar belakangnya.Sabarlah pengubatnya

-takwiniyyah(tazkiah wa ta'lim)
Tahap taarif jika tidak diteruskan atau disusuli dengan tahap pembinaan dan pembentukan atau pemilihan pendokong atau pembela seperti golongan ansar dan hawariyyun..kader kader ,kemungkinan akan menjadikan segala usaha yang telah dikorbankan pada tahap taarif akan berakhir atau hilang tanpa meninggalkan bekas lagi.Dakwah perlu diteruskan.Andai tiada pendakwah seterusnya bagaimana dakwah boleh diteruskan?
Kesedaran rohani dalam diri ma'du hasil dari dakwah tahap pertama tidak harus dibiarkan tetapi perlu dipelihara dan dibentuk serta dipimpin.
Dan pembentukan itu merangkumi pembersihan diri dari mazmumah dan dipasakkan dengan kesedaran untuk turut mengembangkan dakwah.

-tatbiqiyyah
Ini adalah kemuncak peringkat dakwah dimana ianya terhasil dari usaha di peringkat taarif dan takwin.Disinilah natijahnya dimana mad'u berdiri di atas kaki sendiri.Namun didikan tetap perlu diteruskan dan pastinya lebih mencabar.

Hukum dakwah..
Antara fardhu Ain dan fardhu kifayah
Ada khilaf ulama padanya.
Yang raajih adalah keduanya.
Tanggungjawab itu mengikut kemampuannya.
Hukumnya juga begitu.
Misalnya,perkara berkaitan penguatkuasaan undang-undang .
Fardhu kifayah.
Kewajipannya jatuh pada penguasa atau kerajaan.
Berdasarkan hadith yang bermaksud
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran ,maka tanganila ia dengan tangannya(kuasa),sekiranya tidak mampu maka lakukanlah dengan lisan,sekiranya tidak mampu ,lakukanlah(membencinya)dengan hati,dan itu adalah selemah-lemah iman"
Apabila menyebut fardhu kifayah maka sebenarnya ia berkait rapat dengan setiap individu muslim kerana sekiranya tanggungjawab itu tidak dilaksanakan oleh kumpulan yang bertanggungjawab maka semua akan menanggung dosanya bukan?
Oleh itu sangatlah penting untuk kita memilih penguasa yang mahu menegakkan undang-undang Allah.

Kata ustaz lagi,umat terdahulu sangat tinggi sensitivitinya atau dengan kata lainnya tinggi keimanannya.Sehinggakan dibaca saja ayat-ayat Allah maka bergetar jiwa mereka kerana takutkan Allah.Jiwa mereka diresapi pengajaran ayat-ayatnya.Tidak banyak tanya.Kalaupun bertanya adalah untuk memahami dan terus beramal.
Bagaimana saidina Ali k.w meminta panah di kakinya di cabut ketika beliau solat.
Hari ini kelebihan solat dikaji..begitu dan begini
Tapi masih ramai yang tidak mahu solat.
kenapa ye?
Ustaz melontarkan perkara ini.
"fi 'asrina haza..munaaqashah kasiirah wa laakin la yahdi fi qalbi"
Dan ia terpahat di mindaku.
Di akhir muhadhoroh us meniggalkan tugasan untuk kami selesaikan.
Kami diminta mengkaji tentang tokoh dalam dakwah.
Dan ia perlu dibentangkan pada tutorial akan datang.

TUTORIAL.
Seperti dulu tutorial menyaksikan pembentangan dari pelajar-pelajar.
Bezanya kali ni kami adalah mahasiswa dan pembentangan perlu dibuat dalam Bahasa Arab atau English sahaja!
Seorang demi seorang keluar membentangkan hasil kerja masing-masing.
Presiden kami menunjukkan contoh yg baik dengan menjadi pembentang pertama pada tutorial tersebut.Tokoh pilihannya Imam Hasan Al-Banna.
Kredit untuk beliau!
Macam berpakat je..
Bila sorang bentang dalam B.I yang seterusnya dalam B.A plak.Tokoh yang sama plak tu.Hebat2
Aku pula agak teragak-agak untuk keluar kerana aku bukanlah orang yang mahir speaking atau takallam billughatil 'arabiyyah.
Tapi bila seorang sahabat memberikan isyarat yang aku faham..."keluar je..jangan buang masa"..
maka aku pun keluarlah dengan debaran yang kencang.Lama tak bentang depan muslimin dan muslimat membuatkan darah gemuruh kembali bertuan dalam diri.
Apepun perjuangan mesti diteruskan dan aku membentangkan hasil kerja
Aku memilih untuk berbahasa arab dan tokoh pilihanku ialah Dr. Abdullah Nasih Ulwan.
Tokoh yang mengagumkan sesiapa saja yang mengikuti kisah hidupnya.
Dan saya hidangkan pada anda terjemahan kerja saya di laman sejarah saya...noorhistory.blogspot.
Ustaz turut kagum dengan tokoh ini.
kenapa?jawapannya di laman sejarah saya.

Dan akhirnya us mengatakan
"KUNTUM KAMA HUA...ad'u lakum wa li.."
Ameen.
Aku mengaminkan.Moga moga ' masin' kata-kata ustaz.
Dan aku membalas

InsyaAllah ustaz!.