Wednesday, December 7, 2011

Blog oh blog..

genap setahun dan lebih sudah blog ini......

tersadai.....




terbengkalai...





terabai....



owh.

Monday, June 7, 2010

Allah Amat Sayangkan Makcik...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan
seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini
masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika
hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca
sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada
anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah
hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun
yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan
risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada
pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih
ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari
siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula
mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di
rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar
dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun
sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil
keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam
memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak
menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk
pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu
lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba
loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa
pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi
lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini
setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi
ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan
makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah
yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu
dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang
hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini
dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat
kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada
selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang
berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya
yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah
yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang
sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada
makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara
kamu!

#Nota:

Cerpen ini saya copy dari e-mail yang saya terima.Kisah benar atau rekaan itu wallahu a'lam,namun iktibarnya adalah kenyataan.Moga sama-sama mendapat pengajaran dari kisah ini.

Thursday, April 29, 2010

Always Be There

Alllahu Akbar…
If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us


So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Friday, April 23, 2010

Entah Kenapa...



Entah kenapa..time-time fatrah exam ni tiba-tiba saya dilanda perasaan membuak-buak untuk post artikel yang saya tangguhkan selama ni.nasib baik esok tak exam.Kawan -kawan saya bertempur dengan MUET esok.ade juga kawan-kawan yang x exam esok macam saya.Mg yang exam berjaya dalam pertempuran esok.haih..saya pun tak tahulah kenapa...waktu begini pula yang saya bersemangat waja untuk menulis.Dan otak saya tidak beku dihadapan skrin ni.Dikala exam menuntut perhatian saya kepada buku-buku.Adakah kerana mata yang tidak boleh lelap?Ya..mungkin.setelah penat merevisi..inilah ubatnya..Hm..nampaknya lepas exam saya perlu terus merevisi..untuk lebih rajin update blog.huhu
Buat waktu sekarang,kene control ni..tapi untuk anda tidak merasa sia-sia singgah diblog ini kerana entry ini..saya kongsikan rasa saya tentang beberapa ayat Allah s.w.t .Ia berguna bagi orang-orang yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran..
Surah Al-Hujurat ayat 10-12.Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah satu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana)mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka,janganlah pula satu-satu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka,dan janganlah setengahkamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.amatlah buruknya sebutan nama fasiq(kepada seseorang sesudah dia beriman),sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA aLLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI"

-Apa anda rasa bila membaca ayat ini?apa kesimpulan yang boleh ambil?terpulang...

pada saya...ia mengajar saya adab dalam berukhuwwah.Adab dalam berkhilaf..adab bersama teman seakidah.












-AWAS!ramai orang yang mengabaikan ayat ini..paling sedih ade juga yang menyalahgunakannya untuk membela maksiat.Wal'iyazuBILLAH..
-Bacalah ayat Allah dengan rasa.
Mg beroleh manfaat.


~Aku sayang Allah,aku rindu Allah,aku cinta Allah~

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Kerana Dia..

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan
Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.Menurut beliau,
’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan. Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti Kampus Universiti Masa Kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.. Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpukepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’
Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa –
Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.
Memperkasa Tradisi Intelektual Anak Muda.
Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut .Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat. Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok perbincangan kecil mahasiswa yang sistematik atau lebih dikenali disini sebagai usrah. Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang perbincangan tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti. Sebelum berlangsungnya perbincangan tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran. Mahasiswa yang aktif menyertai perbincangan kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan. Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.
Dengan itu sahabat-sahabat, marilah sama-sama kita betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini.Walaubagaimanapun,ini bukanlah bermakna peperiksaan tidak perlu di ambil berat.Apa yang menjadi persoalan adalah niat dan tindakan.dan percayalah,andai niat diikhlaskan,tindakan diluruskan,natijahnya pasti lebih bernilai bagi anda dan manfaatnya mencapah-capah untuk ummah.Yang paling penting..Allah suka.Allah suka dengan hamba-hambaNya yang ikhlas keranaNya.Resam muttaqin..usaha sehabis baik diiringi tawakkal sehabis tinggi barulah redha dengan apa jua natijah kurniaan Ilahi.Konsep tawakkal juga begitu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)..serta memberi rezki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.Dan (ingatlah),sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya.Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap perkara"-ATTALAAQ:3,4

Imtihan,exam,peperiksaan..kini dia datang lagi..pastikan JANGAN KERANA DIA..kita nipis nilai intelektual agamawan. Abu Darda’ seorang sahabat Nabi s.a.w berkata :
“seungguhnya perkara yang paling aku takuti apabila aku berdiri untuk dihisab nanti adalah jika dipersoalkan ‘Engkau telah memiliki ilmu, lalu apa yang telah engkau lakukan untuk ilmumu itu?.
Hasan al Basri berkata, “Seorang mukmin adalah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah s.w.t. Hisab pada esok hari akan menjadi ringan bagi orang yang selalu muhasabah diri di dunia. Dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan.
Sabda Nabi s.a.w:
“sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan berikan
kefahaman agama yang baik kepadanya”
(H.Rbukhari n muslim dari Muawiyah)

Nota :Artikel ini dihasilkan untuk Lajnah Pembangunan Rohani dan Sahsiah(LAROSA)Perwakilan Mahasiswa DQ-USIM dengan sedikit ubahsuai sempena peperiksaan akhir Semester Dua Pengajian Quran dan Sunnah.Terima kasih untuk saudari Kamaliah yang turut menyumbang.
ALL THE BEST untuk adik beradik,sahabat-sahabat dan semua yang menduduki peperiksaan.Bittaufiq wannajah.Doakan saya juga ;-).

Saturday, March 13, 2010

Batang Kali

Ya Allah Ya Tuhanku..
lapangkanlah dadaku,
permudahkanlah urusanku,
Kau bukakanlah simpulan-simpulan dari lidahku
agar mereka memahami pertuturanku..
Ya Allah ya Tuhanku..
Tambahkanlah ilmu kami,
Kurniakanlah kami kefahaman ya Allah

Ya Allah ya Tuhanku..
Ku mohon padaMu
Terangilah hati-hati kami dengan sinaran hidayahMu,
Ya Allah...
Aku Merayu..
Janganlah kerana dosa-dosaku mereka terhijab dari taufik dan hidayahMu ya Allah
Aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..
Aku bertobat padaMu
Tunjukilah aku jalanMu,
Gerakkanlah lisanku dengan petunjukMu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Ameen.

Tuesday, January 12, 2010

Alhamdulillah..this is good!

Tersebut alkisah suatu ketika zaman dulu..ada seorang raja.Dia mempunyai seorang sahabat merangkap memanda menterinya.Sahabatnya ni seorang yang sangat positif pemikirannya membuatkan raja senang berada disampingnya.Apa saja yang berlaku pasti akan diucapkan..alhamdulillah..this is good!
Raja ini seorang yang suka berburu.Pada suatu hari Sang raja pergi berburu bersama sahabatnya itu.Sewaktu sedang berehat-rehat..

Memanda :Tuanku,senapang tuanku tu nampak macam kotor je..mai patik bersihkan
Raja :silakan memanda...
(maka memanda pun mula membersihkan senapang sang raja)
Memanda :Tuanku,laras dia panjang sangat..tak larat patik nak pegang..tuanku boleh tolong pegangkan hujungnya?
Raja :Boleh je...bak sini beta pegang..
(maka sang raja memegang laras tanpa menyedari ibu jarinya berada tepat di lubang laras tersebut..tiba-tiba..
POOMMMMMM!
Sang raja dan memanda dan seluruh rombongan memburu terpana...berkecai ibu jari sang raja...
Raja :Memanda,apa yang tuan hamba dah buat ?tuan hamba nak bunuh beta ya..
Memanda :Er....Alhamdulillah...this is good tuanku...nasib baik kene tangan je..tak kene muka tuanku yang hensem tu.(muka dah pucat)
Raja :Banyaklah tuan hamba punya hensem..berani tuan hamba mempermainkan beta!Pengawal!Bawa memanda menteri ini..sumbat dia dalam penjara...huh!tak guna..harapkan dia..boleh pulak dia hancurkan beta punya jari!
(Raja berasa sungguh marah.Tangannya tidak lagi sempurna seperti dahulu..)
Memanda :Tidak tuanku...patik berkata benar..ini serius.

Tidak lama kemudian..tangan raja beransur pulih...namun jarinya tetap kudung.Dan memanda tersebut terpaksa meneruskan hayatnya dalam penjara seumur hidup dek kerana kemarahan raja tidak surut-surut..
Raja meneruskan hobinya...memburu..namun kali ini tiada lagi Memanda di sisinya.. walaupun kesepian,Sang Raja meneruskan hobinya bersama beberapa orang pengawal.
Maka berburu lah raja di sebuah pulau.Sedang asyik mengintip buruan,tiba-tiba kedengaran bunyi yang aneh..sekelip mata raja dikelilingi oleh sekelompok manusia..pengawal-pengawal bertempiaran lari meninggalkan raja yang terpinga-pinga..
Rupa-rupanya yang mengepung raja adalah orang kanibal(anda tau kan macammana orang kanibal).
Tak guna punya pengawal(bentak raja dalam hati)
Orang-orang kanibal itu bersorak-sorak kegembiraan dalam bahasa mereka yang tidak difahami raja.Maka orang-orang kanibal itu membawa raja yang ketakutan itu ke tempat mereka.
Apabila sampai di kampung kanibal itu,orang-orang kampung tersebut menyambut mereka dengan sorakan dan tepukan..menandakan mereka akan makan besar kemudiannya.
Raja dikurung semalaman dalam sangkar kanibal.Maka duduklah raja tersebut didalamnya dengan penantian yang penuh debaran.
Keesokan harinya..beberapa orang kanibal tersebut membuat 'final touch' ..memeriksa raja tersebut untuk dimasak.Usai membuat pemeriksaan..mereka keluar bertemu ketua mereka.
Tiba-tiba pesta yang tadinya meriah bertukar sepi.Semua beredar memasuki rumah masing-masing dengan riak muka kekecewaan.Dan beberapa orang tadi datang membuka dan melepaskan raja tersebut.
Rupa-rupanya orang kanibal tidak memakan orang yang cacat anggota tubuhnya.Maka selamatlah raja tersebut.Pulanglah raja tersebut ke istana dengan penuh keinsafan.Terkenanglah baginda akan kata-kata sahabatnya.."Alhamdulillah this is good"
Sebaik sampai di istana,raja segera memerintahkan memanda menteri dibebaskan.Maka mengadaplah memanda menteri akan raja.

Memanda :Ampun tuanku,sembah patik harap di ampun.
Raja :Tidak mengapa memanda.Mulai hari ini beta bebaskan memanda dari tahanan.Sepatutnya beta yang minta maaf dari memanda kerana memenjarakan tuan hamba.Dan terima kasih kerana mencacatkan tangan beta.
Memanda :Erk,biar benar tuanku?Ini perli ke kutuk patik?
Raja :Benar memanda.Kerana peristiwa itulah beta masih bernyawa hari ini dan masih berpeluang berada di istana ini.(maka raja pun menceritakan secara panjang lebar apa yang berlaku padanya sebelum kembali ke istana)
Memanda :Owh,begitu(memanda menteri menarik nafas lega)alhamdulillah this is good!terima kasih tuanku kerana membebaskan patik.Terima kasih juga kerana memenjarakan patik.
Raja :hai memanda..perli ke kutuk beta ni?
Memanda :Tidak tuanku,patik benar-benar bermaksud untuk berterima kasih kepada tuanku kerana memenjarakan patik.Nasib baik Allah gerakkan hati tuanku memenjarakan patik.Jika tidak pasti tuanku akan membawa patik pergi berburu bersama tuanku ke pulau tersebut.Dan patik akan turut sama ditangkap oleh orang-orang kanibal itu.Tuanku selamat kerana jari tuanku.Patik pula yang dimasak kerana jari patik tidak cacat.Pasti patik akan mati dengan penuh keseksaan direbus oleh mereka.Alhamdulillah..
Raja : hahaha..iya2..betul jugak tu.(maka mereka berpelukan kegembiraan)

Memanda : this is good ..right tuanku?

-tamat-

#Cerita ini diceritakan sewaktu saya menjadi peserta di program SPIES anjuran kerajaan negeri selangor untuk para belia.Penceritaan urusetia lebih menarik dgn gaya-gaya mereka.Cerita ini sungguh memberi kesan kepada saya.moga anda juga mendapat sesuatu dari cerita ini sebagaimana saya..=)
ALHAMDULILLAH..THIS IS GOOD ;)