Sunday, November 22, 2009

Dia Kekasih Allah

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia
Kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua
Hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorg ummat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul...syafaatkan daku..ku rindu padaMu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah Yang Esa
Kerana cinta kepada rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Saturday, October 17, 2009

Kejap...sikit lagi....

Sebenarnya sebelum ni saya nak cerita banyak benda untuk dikongsi..tapi kelemahan saya ialah tidak pandai bercerita,meluah rasa, jadi tangan saya turut kaku untuk menaip..membuatkan saya menyepi.Bila dihadapan komputer terus blurrr.hm...mungkin sbb sayaterlalu memikirkan ayat yang terbaik untuk ditulis,last2 tak tertulis.Masalah2.
Akhirnya saya amik langkah tulis je..ape saje ..jadi saya minta maaf kalau tulisan saya berterabur ideanya ya...ataupun ntah ape2..Saya nak biasakan diri menulis..

Kali ni saya nak cerita pasal study group lagi..
Sebetulnya bukan study group..tapi cerita disebalik study group..
Dikisahkan..lewat pagi saya dan kawan-kawan study sama-sama.Subjek BM....

Bukan Bahasa Melayu..

Bukan Bait Muslim...

Tapi..Bisnes Managment.

Kami ulang kaji bersama..Ahad nanti ada kuiz.Chapter 7 sampai 10.
Chapter 7:Enterpreneurship and Business Planning..
Helai demi helai kami teliti..
Satu resolusi tiba-tiba keluar setelah kami mengalami kekeliruan dalam memahami beberapa istilah.Ya...sem depan ataupun kuliah lepas ni kami akan rekod ape yang Miss Shat huraikan dalam kelas untuk memudahkan ulangkaji dan supaya tidak salah faham.
Iyela..kalau tidak nanti berlaku lagi khilaf ulama' nanti.

Ketika hampir selesai chapter 7..azan berkumandang.azan zohor.
Tatkala habis azan..roommate saya bersuara dalam dialek kelantannya.."mai gi maye(solat) dulu..study goni(perkara ini) tok habih(tak habis)"..
seorang yang lain menjawab .."kejapla..sikit lagi ni"
Roommate saya tersenyum lalu berkata.."hm..pahtu gak..kalu nok mati pahni buleh ko oyak kejap2?..tokleh doh..(pastu,nanti nak mati bolehkah cakap tunggu kejap?tak bleh dah)"
Diam .
Saya mengiyakan.."btul tu"
"Ala ..kejap je.."
Hm..boleh jawab lagi?
Saya agak pelik dan terkejut ..
Kalau saya dah tak berani dah nak jawab.Ape lagi diingatkan dengan mati.
Tiada apa yang menghalang untuk terus menyahut seruan azan pada waktu itu.Sumenye selesa..lainlah kalau tengah basuh baju ke..atau kerja-kerja yang perlu segera disiapkan.bila difikirkan ..betul tanpa salah ape yang afrida (roommate saya)caap tu..sbb banyak lagi yang tak distudy..nanti kene sambung gak.
Kami cuma senyum.Saya bingkas bangun.

Ya.kalau tiada yang menimbulkan persoalan itu mungkin saya juga meneruskan ape yang sedang dibuat.Tapi kalau dah disebut...turut sahajalah kerana itu peringatan yang baik.Macam saya makan ais.time org tegur saya tunduk dan letak ais tu jauh-jauh atau berenti makan ais tersebut.Kalau takde orang tegur saya terus makan jelah ...hehe.

Kembali pada peristiwa tadi.
Teringat saya pada kalam Allah..
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu,mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat dan patuh),dan menggerakkan lidah dengan bertasbih dan memuji Tuhan mereka,dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takabbur"
-surah assajdah:ayat 15-

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.

Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.

Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.

ya..saya yakin kawan-kawan saya yang lain itu tidaklah berniat untuk meninggalkan solat..tapi persoalan roommate saya itu cukup menggetarkan hati.
Ditambah lagi dengan hadith-hadith yang saya sempat terokai selepas peristiwa ini.

Rosulullah Saw bersabda, “Permulaan waktu adalah ridho Allah, tengah waktu
adalah rahmat Allah, dan akhir waktu adalah ampunan Allah yang Maha Mulia
dan Maha Agung.” (HR. Daruquthni)

Rosulullah Saw bersabda, “Amal yang paling utama adalah sholat pada waktunya
berbakti kepada kedua orang tua, dan jihad di jalan Allah.” (HR. Ahmad)

Dalam hadisnya Bazzar berkata, “Kemudian Nabi Muhammad saw datang pada suatu
kaum yang dipacah kepalanya dengan batu. Ketika kepala itu pecah kemudian
pulih kembali seperti semula, begitu seterusnya.” Rosulullah Saw bertanya,
“Wahai Jibril, siapakah mereka itu ?” Mereka itu adalah orang-orang yang
merasa berat kepalanya untuk mengerjakan sholat.” (Jawazir, hal. 114, Jilid
I)

Ibnu Abbas ra. Berkata, “Pada hari kiamat nanti, ada seorang laki-laki
disuruh berdiri di hadapan Allah. Kemudian Allah memerintahnya ke neraka.”
Maka dia berkata, “Wahai Tuhan, kenapa begini ?” Kemudian Dia (Allah)
berfirman, “Sebab kamu akhirkan sholat dari waktunya dan sebab sumpah
dustamu kepada-Ku.” (Jawazir, hal. 116, jilid 1)

Bergegas mengerjakan sholat pada awal waktu, hukumnya sunat.
Mengakhirkan sholat hingga keluar waktunya dengan disengaja hukumnya haram.

Apabila saya bingkas bangun.Kawan-kawan turut bersurai.
Solat Zohor.
Terima kasih afrida.
Segala puji bagi Allah mengurniakan saya sahabat,adik,merangkap roomate sepertinya.

Sekian cerita untuk kali ini.
Moga dapat manfaat.Wassalam.

Thursday, October 15, 2009

Ceritera hidupku hari ini

Assalamualaikum.
Sudah agak lama menyepi rasanya.Hari ni saya teruja untuk menulis.
Hari ni berakhirnya Ihtifal Ilmi peringkat Kebangsaan.MTQN yang terlibat sudah pun berangkat pulang dengan rombongan masing-masing.
Tapi itu bukan cerita saya untuk entri ni.

STUDY GROUP PALING MERIAH
Yang saya nak cerita ialah tentang study group yang baru sahaja selesai sebentar tadi.
Study group yang tidak dirancang
bermula dengan dua orang..(saya dan hana)tiba-tiba menjadi meriah
pertambahan bermula dengan zulfa,mai,fiza r,tiba-tiba..barakah..izzati dan aminah pun tiba juga..tengah asyik berbincang muncul pulak cek bee.
kenapa sume kalut wat latihan b.arab nih?..oo..rupanya ustaz nak tengok buku esok.(",)untunglah ade zulfa..kenapa?kerana dialah satu-satunya syeikhah mekah di kalangan kami(dia dilahirkan di mekah)ade sebab lain lagi tapi..biarlah ia menjadi rahsia kami..hehe
D309 sungguh meriah pada malam ini.tetapi saya hanya mampu melihat..dan menyumbang sedikit sebanyak idea..sebab buku saya tidak dapat dikesan..huhu.Setelah dua harian bawa kesana kemari,tiba-tiba time nak wat keje ni hilang plak dah.taktau lah camne nak jawab ngan us esok nih.harap2 dapat jumpa sebelum kelas.Jadi..sementara melihat saya mencari bahan untuk titas.Bila dah agak jemu dengan kelemah lembapan broadband ni..saya mencapai buku novel kegemaran karangan Abd Latip Talib.HULAGU KHAN;Khabar Hitam dari timur yang dibeli baru-baru ini..kunjungan ke easy book baru-baru ini bersama aminah membuat saya 'kelabu mata'.tapi akhirnya saya terpaksa yang betul-betul menarik hati.Akhirnya,Umar Abd Aziz,Basic Conversation B.A-B.M-B.I dan HULAGU KHAN menjadi pilihan.Saidina uthman,Saidina Ali dan ensiklopedia fiqh dalam List menunggu.

eh..mana afrida?owh..roomate saya tengah sibuk membina tamadun rupanya.samihah dengan tohirah pun kluar masuk bilik ini kerana titas.sibuk mencari bahan untuk assignment tamadun.sebab tamadun pun esok juga kene hantar.huhu
Banyak juga yang saya nak kongsi sebenarnya.Tapi cukuplah dulu setakat ini sebagai pemanas enjin setelah lama berdiam diri.

Akhir kalam,saya doakan rakan-rakan pembaca dirahmati dan diredhai Allah sentiasa.
Sama-samalah kita sentiasa berdoa kerana doa itu senjata mukmin ..jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat Allah.
Allah ya Rabbi.entah apa saya merapu.maaflah kalau anda semua rasa sia-sia membaca artikel ini.Sebagai penutupnya saya hadiahkan sebuah lagu untuk anda.

EPILOG SILAM
Bila mengenang kisah hidup silam
Tuhan beratnya dosa-dosaku
masihkah ada ampunan buat ku
Tuhan dalam menempuh hidup ini
banyak nya dugaan yang perlu tempuhi
Tuhan
ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari
Tuhan
Dosaku menggunung tinggi
tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan
rahmatMU melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku..

Sekian.wassalam..

Sunday, September 13, 2009

Warkah Cinta dari DIA Siri 1

Semalam saya menatap lagi warkah cinta itu...
Sungguh menusuk hati...
membuatkan saya tidak jemu mengulangnya berkali-kali.
Kalau dahulu saya mengulanya mungkin kerana sedikit terpaksa.
terpaksa bercampur rela...
Tapi kini saya membacanya dengan penuh kerelaan
Baru saya sedar..
Bahasanya begitu indah..
DIA mengajar saya menjadi orang yang berguna pada manusia..
Begini katanya...saya terjemahkan.
"Dan segeralah kamu kepada(mengerjakan amal -amal yang baikuntuk mendapat keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,yang disediakan bagi orang yang bertaqwa"
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang-orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan(ingatlah),Allah maha mengasihi orang-orang yang berbuat baik."
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji,atau menganiayai diri sendiri,mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa melainkan Allah,dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu,sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)"
Orang-orang yang sedemikian sifatnya ,balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka,dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal"

Betapa Pengasihnya dia bukan?
Saya takkan sia-siakan pesanannya.
Suka saya mengajak sahabat-sahabat juga...
Maka ayuh sama-sama kita aplikasikannya dalam kehidupan.
Agar kita tidak kerugian...
Untuk melihat bahasa asalnya,sahabat2 boleh melihatnya di dalam Al-Quran.Surah Al-Imran:Ayat 133-136

All The Best!

Bittaufiq wannajah fil imtihan dunya wal akhirah.
Kepada yang menempuh peperiksaan saya doakan kejaan anda semua dan saya juga.

Sunday, August 2, 2009

Jauhilah....

Suatu ketika seorang lelaki datang dan berkata kepada Rasulullah s.a.w
"Ya Rasulullah,ada dua orang wanita kedua-duanya puasa dan mereka hampir saja mati kehausan.
Rasulullah berpaling dari orang itu lalu baginda diam.Kemudian orang itu kembali dan berkata pula.
"Ya Nabiyallah!Sungguh keduanya hampir mati",Sabda Rasulullah :"panggillah mereka ke mari".
Maka datanglah kedua orang wanita itu mengadap Rasulullah.
Lalu dibawa orang ke dalam majlis itu sebuah mangkuk besar.
Sabda Nabi kepada salah seorang wanita itu : "muntahlah"
Wanita itu memuntahkan nanah,darah dan daging sampai setengah mangkuk.Kemudian baginda suruh pula wanita yang satu lagi :"muntahlah"
Wanita itu memuntahkan nanah,darah,daging dan sebagainya sampai penuh mangkuk tersebut.
Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Wanita ini berpuasa dari apa yang dihalalkan Allah kepada mereka .tetapi mereka berbuka dengan barang yang diharamkan Allah terhadap mereka.Yang satu mengunjungi yang lain,lantas mereka memakan daging manusia bersama-sama"
(hadith riwayat Ahmad,Ibnu Abu Dunya,Abu Daud, Ath Thayaalisi dan Baihaqi dari Anas)

Dan dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berapa banyak orang yang puasa ,tetapi dia tidak peroleh apa-apa dari puasanya melainkan lapar.Dan berapa banyak orang yang bangun solat malam,tetapi dia tidak boleh apa-apa dari solatnya selain berjaga"
(hadith riwayat Ibnu Majah,Nasai,Ibnu Khuzaimah didalam sahihnya Alhakim dan Baihaqi)

Kedua hadith diatas jelas mencela perbuatan mengumpat,berdusta,berlaku keji ,berkata kotor, dan lain-lain yg seumpamanya.Lelaki dan wanita puasa yang melakukan perbuatan tersebut bukan saja puasanya tidak diberi pahala,bahkan Allah tidak menerima puasa mereka itu.

Na'uzubillah.
Kadang-kadang hal ini tidak disedari...lantaran seronok berbual sembang ...sampai lupa...
Allah itu Maha mengetahui ape yg terzahir dan tersembunyi...apa yang terkandung dalam hati...
Kerana Dia...
Maha Melihat
Maha Mendengar
Maha Berkuasa
Sungguh!
Walau dimana pun....Dia tahu apa yang kita kata..meyoroklah di lubang cacing sekalipun untuk mengumpat...tidak akan terlepas.

Maka sahabat-sahabat.....
Jauhilah..

Saturday, August 1, 2009

Kuntum Kama Hua !

Muhadhoroh pertama yang ku ikuti sebagai pelajar Ijazah DQ-USIM ialah madah Prinsip Dan Amalan Komunikasi Dalam dakwah.
Sebelum ni memang sudah diterokai ilmu dakwah ini semasa pengajian Diploma dalam syukbah dakwah.Bezanya kali ni ialah belajar dalam bahasa Arab.
Buat aku teruja.
Patah demi patah dari Us Tarmizi(lecturer)ku amati sebaik mungkin.
Alhamdulillah...faham la jugak walaupun tak seratus peratus.Nasib baik bahasanya mudah.
Lalu aku kembali mengulangkaji ilmu dakwah.
Definisinya...dari sudut bahasa dan istilah
Marhalahnya...
-tablighiyyah
Al-Fadhil mustafa masyhur mengistilahkannya sebagai taarif dalam bukunya Fiqh Dakwah
konsepnya sama...memperkenalkan,memahamkan tentang Islam,menyebarkan idea dan fikrah secara umumi iaitu kepada semua lapisan masyarakat.peringkat ini sangat mendasar dan penting kerana ia merupakan langkah terawal dalam dakwah.Mad'u perlu diberi pemahaman yang benar dan jelas.Kejayaan di peringkat ini akan mempengaruhi peringkat-peringkat seterusnya.Ketika menyampaikan dakwah ini pendakwah harus mengemuakan kesyumulan ISLAM dengan lengkap.
Total...tanpa meninggalkan mana-mana bahagian.sosial,ekonomi,politik,pendidikan.....Oleh kerana itu ,Imam hasan Al-Banna menjadikan pemahaman Islam yang total ini sebagai dasar pertama sebelum memasuki peringkat seterusnya.Dia berkata"Islam adalah satu sistem hidup yang lengkap dan menyeluruh,mencakupi seluruh aspek kehidupan.Islam adalah daulah dan tanah air,atau pemerintahan dan umat.Islam adalah akhlak dan kekuatan,rahmat dan keadilan.Islam adalah kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman.Islam adalah materi dan harta,atau usaha dan kekayaan.Islam adalah jihad dan dakwah atau tetera dan idea.Islam adalah akidah dan ibadah"
Untuk melaksanakan dakwah ini,seorang dai harus memiliki sifat-sifat asasi iaitu menjadi contoh teladan dan model terbaik bagi idea(ISLAM)yang didakwahnya.Dan faktor terpenting ialah keikhlasannya dalam berdakwah agar dakwahnya menembusi hati hati mad'u tanpa ada kepentingan diri.
Bicaranya untuk dakwah,bergerak untuk dakwah,berjalan kerana dakwah.
Justeru,para da'i perlu ada bekalan iaitu kefahaman tentang ilmu Islam itu sendiri walau sedikit.Namun jangan sekali-kali merasakan memadai dengan ilmu yang ada.
Tribulasi dan mehnahnya pasti hebat kerana mad'u pelbagai tahap dan latar belakangnya.Sabarlah pengubatnya

-takwiniyyah(tazkiah wa ta'lim)
Tahap taarif jika tidak diteruskan atau disusuli dengan tahap pembinaan dan pembentukan atau pemilihan pendokong atau pembela seperti golongan ansar dan hawariyyun..kader kader ,kemungkinan akan menjadikan segala usaha yang telah dikorbankan pada tahap taarif akan berakhir atau hilang tanpa meninggalkan bekas lagi.Dakwah perlu diteruskan.Andai tiada pendakwah seterusnya bagaimana dakwah boleh diteruskan?
Kesedaran rohani dalam diri ma'du hasil dari dakwah tahap pertama tidak harus dibiarkan tetapi perlu dipelihara dan dibentuk serta dipimpin.
Dan pembentukan itu merangkumi pembersihan diri dari mazmumah dan dipasakkan dengan kesedaran untuk turut mengembangkan dakwah.

-tatbiqiyyah
Ini adalah kemuncak peringkat dakwah dimana ianya terhasil dari usaha di peringkat taarif dan takwin.Disinilah natijahnya dimana mad'u berdiri di atas kaki sendiri.Namun didikan tetap perlu diteruskan dan pastinya lebih mencabar.

Hukum dakwah..
Antara fardhu Ain dan fardhu kifayah
Ada khilaf ulama padanya.
Yang raajih adalah keduanya.
Tanggungjawab itu mengikut kemampuannya.
Hukumnya juga begitu.
Misalnya,perkara berkaitan penguatkuasaan undang-undang .
Fardhu kifayah.
Kewajipannya jatuh pada penguasa atau kerajaan.
Berdasarkan hadith yang bermaksud
"Sesiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran ,maka tanganila ia dengan tangannya(kuasa),sekiranya tidak mampu maka lakukanlah dengan lisan,sekiranya tidak mampu ,lakukanlah(membencinya)dengan hati,dan itu adalah selemah-lemah iman"
Apabila menyebut fardhu kifayah maka sebenarnya ia berkait rapat dengan setiap individu muslim kerana sekiranya tanggungjawab itu tidak dilaksanakan oleh kumpulan yang bertanggungjawab maka semua akan menanggung dosanya bukan?
Oleh itu sangatlah penting untuk kita memilih penguasa yang mahu menegakkan undang-undang Allah.

Kata ustaz lagi,umat terdahulu sangat tinggi sensitivitinya atau dengan kata lainnya tinggi keimanannya.Sehinggakan dibaca saja ayat-ayat Allah maka bergetar jiwa mereka kerana takutkan Allah.Jiwa mereka diresapi pengajaran ayat-ayatnya.Tidak banyak tanya.Kalaupun bertanya adalah untuk memahami dan terus beramal.
Bagaimana saidina Ali k.w meminta panah di kakinya di cabut ketika beliau solat.
Hari ini kelebihan solat dikaji..begitu dan begini
Tapi masih ramai yang tidak mahu solat.
kenapa ye?
Ustaz melontarkan perkara ini.
"fi 'asrina haza..munaaqashah kasiirah wa laakin la yahdi fi qalbi"
Dan ia terpahat di mindaku.
Di akhir muhadhoroh us meniggalkan tugasan untuk kami selesaikan.
Kami diminta mengkaji tentang tokoh dalam dakwah.
Dan ia perlu dibentangkan pada tutorial akan datang.

TUTORIAL.
Seperti dulu tutorial menyaksikan pembentangan dari pelajar-pelajar.
Bezanya kali ni kami adalah mahasiswa dan pembentangan perlu dibuat dalam Bahasa Arab atau English sahaja!
Seorang demi seorang keluar membentangkan hasil kerja masing-masing.
Presiden kami menunjukkan contoh yg baik dengan menjadi pembentang pertama pada tutorial tersebut.Tokoh pilihannya Imam Hasan Al-Banna.
Kredit untuk beliau!
Macam berpakat je..
Bila sorang bentang dalam B.I yang seterusnya dalam B.A plak.Tokoh yang sama plak tu.Hebat2
Aku pula agak teragak-agak untuk keluar kerana aku bukanlah orang yang mahir speaking atau takallam billughatil 'arabiyyah.
Tapi bila seorang sahabat memberikan isyarat yang aku faham..."keluar je..jangan buang masa"..
maka aku pun keluarlah dengan debaran yang kencang.Lama tak bentang depan muslimin dan muslimat membuatkan darah gemuruh kembali bertuan dalam diri.
Apepun perjuangan mesti diteruskan dan aku membentangkan hasil kerja
Aku memilih untuk berbahasa arab dan tokoh pilihanku ialah Dr. Abdullah Nasih Ulwan.
Tokoh yang mengagumkan sesiapa saja yang mengikuti kisah hidupnya.
Dan saya hidangkan pada anda terjemahan kerja saya di laman sejarah saya...noorhistory.blogspot.
Ustaz turut kagum dengan tokoh ini.
kenapa?jawapannya di laman sejarah saya.

Dan akhirnya us mengatakan
"KUNTUM KAMA HUA...ad'u lakum wa li.."
Ameen.
Aku mengaminkan.Moga moga ' masin' kata-kata ustaz.
Dan aku membalas

InsyaAllah ustaz!.

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Datang Warga Baru Ijazah Darul Quran...

Ahlan Wasahlan wa marhaban bikum ila ashaabul aljadiid fi baklerous bidaaril QURAN jAKIM.
Warmly welcome(eh.betul ke ni speaking?)
Selamat Datang.....
Adik bradik Ijazah akan bertambah lagi...
Maknanya bakal ulama kan bertambah lagi..INSYAALLAH!(ku mohon ya Allah)
Dari 26 bertambah menjadi 38 orang....
makin padat kelas nampaknya.Smartlab pasti tidak akan menjadi kelas kami lagi selepas ni kerana tak cukup kemudahan..
atau mungkin kami dibahagi 2 kelas...mungkin.Tapi...tak seronoklahkan...
Walaupun singkat cuma masa berlalu,keaqraban seakan sudah terasa.
Memang kami AQRAB pun sebelum ni (hehe)
tapi sekarang jadi AQRAB JIddan dah..
Hurm..
Organisasi sudah pun dilantik di peringkat MT...cuma post bawah2 ni yang masih dalam perangkaan..dah diletakkan org yg bertanggungjawab tapi mungkin tangguh dan gubal semula...tunggu adik-bradik baru sampai...wallahua'lam.tu semua bukan bidang kuasa saya...MT akan tentukan yang terbaik.
Tadi Dekan Fakulti datang melawat dari USIM..ketika itulah kami dimaklumkan akan ade penambahan...
Dulu katanya takkan ade lagi
Tapi ...itulah...segalanya dalam pengetahuan Allah.Saya yakin ini adalah yang terbaik untuk generasi perintis ini.
Cita-cita saya dengan generasi ini,semoga kami menjadi perintis kepada kebaikan dan generasi yang lebih baik.
Doakan ye..
Menyebut tentang khabar mengenai penambahan ahli ni...saya pada mulanya keliru dengan perasaan sendiri.
Gembira?Tak gembira?Serabut?
Sebab apa saya keliru?
HUhu...sebab kami pun masih pening dengan urusan ...saya yakin pentadbiran pun masih pening.
Biasalah awal penubuhan...memang begitu.dan kami batch eksperimen dan penentu kejayaan hipotesis eksperimen ini.
Bila lama berfikir...fikirkan segala kebaikan...
Saya gembira dengan berita ini.
Saya gembira dengan kehadiran mereka.
Saya berharap kelas tidak akan dibahagi dua..dengan itu semakin meriahla munaqashah and discussion dalam kelas nanti.
Sebelum ni kami banyak mendengar sebab perlu fokus untuk faham...adelah mencelah sepatah dua..tapi 'nok bulih ko menceloh tu gak...'kne pikir ayat dulu.hihi.lawak plak kadang-kadang.almaklumla...baru nak aktif berbahasa arab dan english.
Sahabat saya afrida di minggu pertama ..culture shock sampai demam.saya hampir-hampir.
Bahana kelas kuliah 2-4 jam straight.kesana-kemari selesaikan urusan dan saya 3 malam berturut-turut tidur jam tiga pagi lantaran nak siapkan kertas kerja.
Hm...inilah dunia ijazah kan..baru ckit.mungkin terkejut sebab badan lama berehat...
pengajaran untuk saya...jangan berehat sakan!huhu
Paling saya seronok belajar sesi ni..dapat praktik bahasa dan ade subjek kegemaran saya...Tamadun!a.k.a TITAS.
Apepun...sampai sinila dulu coretan saya tentang ijazah.BAnyak yang ingin dikongsi...tapi saya postkan ini dulu kerana tak perlu berfikir..yang len kne fikir...saya akan cari masa untuk berkongsi dengan anda.Doakan kami...dan saya doakan sahabat2 juga terus maju dan dirahmatiNYA.
itu yang TERMAHAL!Rahmat ILAHI..
Sekian.

Thursday, July 16, 2009

Beruntungnya Dia..

11 julai 2009
"Salam,erni...ayah camne dah?"
Soal saya melalui mesej dengan hajat ingin menziarahi ayahnya yang telah lama terlantar sakit.Sebelum berangkat ke bumi darul Quran menyambung permusafiran ilmu.
Tiada respon
Saya cuba telefon
Tiada respon...hanya mrs operator yang tidak jemu memjawab
"this is the voice mail box for the number......"
Setelah berkali-kali mencuba ...saya berhenti kerana hampa tiada sahutan.
saya teruskan agenda hidup.....

12 Ogos 2009
"Al-Fatihah buat almarhum ayah ustazah erni..."
Status message di id seorang sahabat dalam YM membuat saya terpaku.Kelu seribu bahasa...
Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.
Hampir saja airmata saya jatuh.
Sungguh terkilan kerana tidak sempat melawat.
Patutlah mesej saya tidak berbalas...panggilan tidak berjawab.
saya mencapai handphone
Mendail no sahabat saya yang seorang itu....
tiada juga jawapan..
Pastinya dia masih kesedihan
Apa tidaknya ,tempat bergantung sudah 'diambil' balik oleh 'Tuan'nya..
Saya berkira-kira untuk melawatnya esok..sebelum berangkat...
maka jadual esok dirancang..
pagi:melawat erni
tengahari :setelkan rusan di kota bharu
malam :bertolak ke USIM...untuk mendaftarkan diri dalam pengajian ijazah..

Namun kita hanya merancang....Allah yang menentukan.

13 julai2009
pagi-pagi lagi Kak Nie (kakak sulong saya)menelefon supaya terus ke Dungun atau Kuantan supaya kami berjumpa disana dan ke usim untuk pendaftaran keesokannya.
Hati saya memberontak seketika...tapi akhirnya saya redha..kehendaknya saya perlu turuti..mahu atau tidak mahu.Tapi bgtaula awal..selalu je begitu.itulah Kak nie saya..tapi hatinya sangat baik.Saya sayang dia.

Perancangan saya terbengkalai sama sekali.
Maka saya meneruskan hari ni dengan agenda on the spot kak nie saya yang tersayang itu.
Bermusafir...ke Kuantan..
Kami berjumpa di stesen..ke pasar mencari barang keperluan ke USIM dan DQ..
Makan lewat malam...sesat seketika(sbb kakak saya pun memandu ikut hati je=))
Akhirnya berjumpa juga hotel tempat singgah menghilangkan penat musafir seharian.
Saya tidak dapat melelapkan mata.
Mujurlah ada laptop ni..bolehlah dibuat peneman.Kakak saya terus dibuai mimpi.Letih agaknya.

14 Julai 2009
Pagi-pagi selepas subuh abang ipar datang bersama Pak Lang memberi wasiat kepada isterinya dan ape yang patut.Dia tak dapat sertai kami kerana ada kerjanya yang perlu diselesaikan.
Seterusnya kami musafir ke USIM..
Sempat lagi singgah The MAll ..bli ape yg patut lagi.
Akhirnya sampai di USIM..usai urusan disana..siswazah usim-DQ diangkut dengan bas menuju ke DQ.Kami disambut dengan sambutan yg istimewa selaku pelajar.Inilah pertama kalinya saya rasa begitu istimewa sekali.Pensyarah pulak tunggu kami..macam ape je...
Malu plak..kami dijamu semahunya.

15 Julai 2009
petangnya kami(saya afrida erni ,usu khairun,hidayah)makan same2.
Disitu saya mengambil peluang melangsaikan hajat yang tidak tertunai ..
Bertanya khabar erni yang baru tiba dari kelantan.
Sahabat saya itu kelihatan sungguh tabah.ketabahan terpancar di wajahnya.
Mewarisi ketabahan fatimah Azzahra puteri Rasulullah.
Pada mulanya agak tak sampai hati membuka persoalan tentang ayahnya..
Tapi bila dia membuka cerita..saya kira dia tidak keberatan atau terganggu jika disentuh hal itu.
Ucapan takziah menyusul..semoga Allah merahmati ayahnya.
Ceritanya...
Ayahnya sudah lama sakit terlantar...puas dipujuk ibunya untuk ke hospital ..tapi ayahnya tidak mahu...kerana mahu menunggunya (erni) sampai dulu.
Saya dapat bayangkan betapa aqrabnya erni dengan ayahnya.
Masakan tidak...
ernilah yang selalu menguruskan ayahnya dikala sakit sementara ibunya menjaga kedai.
Memandikannya
memasak dan mnyuapnya
mewudhukkannya
pendek kata macam jururawat peribadi..
Ayahnya meninggal usai solat subuh..
Selepas menjatuhkan kepalanya diriba erni.
Ayahnya meninggal di ribanya..
Alangkah...
bertuahnya sahabatku itu..
Ayahnya pergi meninggalkannya saat dia sebagai anak solehah di hati,dimata ayahnya..
Ayahnya meninggalkannya dalam keadaan meredhainya
Dia adalah anak yang bertangungjawab di akhir hayat ayahnya..
Pastinya sahabatku itu mendapat keredhaan Allah subhanahu wa taala.
Kerana keredhaan ayahnya..
Beruntungnya dia..
Disaat mendengar ceritanya itu saya cepat-cepat mendoakan dalam hati moga diri saya juga begitu..mendapat keredhaan ayah di akhir hayat...samaada saya pergi dulu atau ayah ...saya mendoakan perpisahan kami didunia ini dengan keadaan saya adalah anak solehah di matanya dan hatinya,bertanggungjawab padanya.Begitu juga pada umi.
Saat itu terbayang kelakuanku pada umi ayah..bermuhasabah..Ya Allah..panjangkanlah umurku agar dapat ku berbakti semampuku pada mereka yang telah banyak berkorban untuk diri ku ini.Terasa mahu balik segera.Bimbang tiada kesempatan.
Namun tidak berpeluang untuk pulang.
Malamnya saya tidak bertangguh lagi..
Hand phone yang ada dimanfaatkan sebaiknya.
Kemaafan di pohon...atas segala kerenah sebelumnya..
Umi kehairanan..ayah...
Kenape ni?
saje teringat..rindu..alasanku.,
Akhirnya umi membiarkan saja..
Terima kasih sahabat
ketabahanmu mengajarku erti seorang anak
Semoga dirimu terus tabah
Sahabatku,
Dirimu sungguh beruntung!

Thursday, July 9, 2009

MAKLUMAT PENTING UNTUK WARGA HOSPITAL YANG BERIMAN ..

Samaada anda pesakit,orang yang merawat pesakit(dokter atau nurse la tu..),pelawat pesakit atau peneman pesakit…pastinya pernah mengalami atau melihat situasi pesakit yang berbalut sana sini.Paling kurang pun tampal plaster kat tangan tuk masuk air garam atau pun darah.

Sebagai muslim kita perlu solat

Nak solat mesti kene ada wudhuk kan?(ma la yutimmul wajib illa bihi fahua wajib)

Jadi macammane nak berwudhuk kalau anggota wudhuk berbalut?Apa hukumnya?

Hm..ini jawapannya…

Seseorang pesakit yang menghadapi satu penyakit atau cedera,yang melibatkan anggota wudhuk,kemudian anggota itu dibalut dengan pembalut biasa atau plaster..sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan untuk membukanya…maka hukumnya WAJIB membuka pembalut itu supaya air sampai kepadanya ketika ambil wudhuk.

Jika air boleh memudaratkan luka,maka tidak perlulah membasuh bahagian tersebut. Sebaliknya cukup sekadar disapu sahaja menurut ulama mazhab hanafi ,maliki dan hanbali .Bagi ulama mazhab syafii dan segolongan ulama hanbali dalam satu pendapat yang lain,pesakit terlibat dikehendaki membasuh bahagian yang boleh terkena air dan bertayammum untuk bahagian yang mudarat kalau terkena air sebagai ganti menyapu bahagian tersebut.

Macammana pula dengan pesakit yang berbalut yang mana balutannya pada anggota wudhuk tidak boleh dibuka kerana memudaratkan atau boleh melambatkan kesembuhan nya?
Sekiranya pesakit :
1. berbalut bahagian mata
2. Hidung dipasang dengan alat ryles Tube
3. Branula dipasang di tangan bagi pesakit yang memerlukan bekalan air Drip
4. Traction dipasang dikaki bagi rawatan kepatahan tulang
5. Anggota badan berbalut kerana luka seperti tangan kanan,kiri,kaki dan lain2

Pesakit seumpama ini biasanya balutannya tidak boleh dibuka kerana memudaratkan atau melewatkan sembuh..Macammana tu?

Answer is…
Pesakit dikehendaki mencuci nais terlebih dahulu sekiranya ada.Setelah itu,menjirus keseluruhan anggota wudhuknya dengan air kecuali tempat cedera atau sakit tersebut.
Bahagian yang sakit atau berbalut,disapu dengan air sahaja.sapuan ini adalah ganti membasuh tempat yang sakit dibawahnya.

Ulama mazhab empat sepakat dari segi kewajipan menyapu diatas pembalut luka ini.

Syarat-syarat untuk menyapu di atas pembalut ialah:
1. balutan tidak boleh dibuang.kalau dibuang atau dibasuh akan mudarat
2. balutan tidak melebihi kawasan yang perlu.Jika lebih,wajib dibuang terlebih dahulu untuk membasuh bahagian yang tidak sakit.jika cabut boleh mendatangkan mudarat maka kena tayammum untuk kawasan tersebut
3. Balutan tersebut dipasang setelah pesakit bersuci dengan air terlebih dahulu.Jika tidak solatnya wajib diulang semula.Syarat ini dikenakan oleh ulama’ mazhab syafie dan hanbali.Bagi ulama hanafi dan maliki mereka tidak mensyaratkan sedemikian.Ini bertujuan mengelakkan kesukaran.Pendapat ini dikira paling munasabah kerana balutan,simen dan belatan berlaku dalam keadaan tidak dijangka.

Bagaimana pula kalau pesakit tidak boleh terkena air dan debu sama sekali?
Macammana nak wuduk atau tayammum?

Jawapannya…
Tidak perlu bersuci…bahkan hendaklah menunaikan solat dalam keadaan tidak bersuci.
Orang dalam keaadaan ini dinamakan sebagai orang yang faqid al-tahurain iaitu orang yang tidak dapat menggunakan air atau debu tanah.Dalam kes sebegini majority ulama’ mewajibkan yang terlibat menunaikan solat tanpa wudhuk atau tayammum.

Berdasarkan kepada mpendapat yang kuat menururt ulama mazhab syafie,solat dilakukan dalam keadaan biasa dan tidak boleh menunaikan solat sunat.Begitu juga dalam mazhab Hanbali,wajib ke atas yang terlibat menunaikan solat. Ini berdasarkan hujjah antaranya :

Hadith yang diriwayatkan menerusi urwah ibnu Zubair r.a.Beliau berkata :
“Aisyah r.a pernah meminjam sebentuk kalung dari Asma’ Binti Abu Bakar r.a,kemudia kalung itu hilang didalam perjalanan.Rasulullah s.a.w menyuruh beberapa orang mencari dan akhirnya mereka menemuinya kembali.Didalam mereka mencari kalung itu,tiba waktu solat.Oleh kerana ketiadaan air mereka pun solat tanpa wudhuk.Sekembali bersama rasulullah s.a.w mereka menerangkan hal tersebut.Ketika itu turunlah ayat tayamum.

Hadith yang diriwayat Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Nabi s.a.w bersabda : “Apabila aku mencegah anda dari suatu pekerjaan jauhilah perbuatan itu dan apabila aku menyuruh anda sesuatu suruhan,hendaklah anda melakukan sedaya upaya.

Pengalaman saya menemani kakak dan ayah di hospital dapat melihat bagaimana prihatinnya masyarakat sekarang terhadap solat.Biasa nya..peneman akan solat tapi yang sakit dibiarkan..atas alas an sakit.

Saya rasa nasihat dari yang bergelar dokter atau kakak misi atau abang misi sangat berkesan untuk mereka yang sakit timbul keinginan untuk berusaha sedaya upaya menunaikan solat.

Doktor dan nurse harus mahir hal ini.Mungkin perlu diadakan subjek fiqh dan perubatan untuk paramedic ini.Bagi yang terjun kebidang ini untuk tujuan dakwah…syabas dan teruskan perjuangan anda.JSemoga terus istiqamah..ika tidak jadikan ia halatuju anda .kerana ia wasilah dakwah dan islah yang besar .

“Makcik macammana hari ni?Rase sihat?Untuk lebih cepat sembuh…nanti masuk waktu makcik solat ye..sebab solat ni boleh melancarkan pergerakan darah dan menghilangkan tension..makcik akan rasa lebih tenang”
Bukankah indah kalau dialog2 seumpama ini dilazimi paramedic?

Setidak-tidaknya yang tak solat akan mula rasa menyesal atau segan bila tak solat.

Sambil merawat sambil berdakwah.Merawat juga sebenarnya

.Merawat jiwa.

Killing Veiled Muslims in Europe, a Forthcoming Trend?




Marwa Al-Shirbini, the victim
A veiled Muslim mother was savagely murdered in Dresden courtroom, Germany. The murderer is the same attacker who was in court appealing the €780 fine for his insult to the victim's Islamic headscarf.

Marwa Al-Sherbini, a 32-year-old Egyptian based in Germany, was stabbed several deadly times under the court ceiling and with the presence of the German police. She has been living in Germany for years with her husband, the Egyptian academic Elwi Ali-Okaz, who is studying for his post graduate studies in Germany.

The three-month pregnant mother was not the only victim but Okaz, her husband, was also hurt in his attempts to protect her from the criminal's knife and he is currently in a critical condition at Dresden College hospital.

The stabbing happened on July 1, just before Al-Sherbini was to give her evidence on a recent discriminatory attitude took by the criminal towards her hijab. During the struggle, other bystanders were also injured and police fired a shot. The killer, identified only as Alex W., is now subject to the German police forces' investigations.

While some officials insist on not to relate this criminal act to the fact that Mrs. Al-Sherbini is a veiled Muslim woman in the German secular society assuming that it has nothing to do with persecution against Muslims in Germany, others say that this incident shows a sample of open hostility towards foreigners and Muslims in Germany.

It is worth mentioning that this incident came days after the German Interior Minister Wolfgang Schaeuble sought understanding for Germany’s integration policies in a speech he gave at Egypt’s Cairo University, stating that anti-democratic ideas in Muslim communities must be combated.


After reviewing the story and the different opinions on it, how do you feel towards such a criminal act? Do you expect angry reactions from Muslims in Germany, and/or Europe? As a human being ─ regardless of your race, color, or belief, what will be your own reaction towards such a savage act?

More news:http://www.islamonline.net

Wednesday, July 8, 2009

TERASA SUNGGUH RUGI !

Jam menunjukkan awal pagi sedang merangkak.
1.15 a.m.
Dan saya masih dihadapan TV.Mata sukar untuk dilelapkan.Otak saya masih aktif.Channel bertukar channel. Akhirnya saya melekat di TV 1.Saluran Informasi Anda.
Satu perbincangan menarik sedang berlaku.Apa lagi ia berkaitan hal kegemaran saya .

Sejarah.

Ya,sejarah menjadi kegilaan saya sudah lama.sejak saya memahami erti dan peranan sejarah.Bermula tingkatan 5…terus ….sehingga kini.Cinta saya pada sejarah semakin kukuh bila suatu hari..

saya membaca buku tentang kisah Umar Abd Aziz yang mengagumkan..

kemudian novel sejarah tentang Sultan Salahuddin Al-Ayubi karangan Abdul Latip Talib..dan sekarang saya sedang membuat koleksi karangan beliau..

kemudian semasa tutorial subjek Kepimpinan Islam di Darul Quran JAKIM.Syarahan us Shahrulkarnain tentang demokrasi.Saya begitu teruja waktu itu bilamana us membongkar sejarah demokrasi.Nantikan perkongsian saya tentangnya di raudhati atthani..noorhistory.blogspot …
.Terima kasih ustaz.

Kembali kepada perbincangan menarik tadi…

Tajuknya ialah Perbezaan perspektif tentang sejarah:Apa natijahnya?
Dalam rancangan Di Luar Likungan..Moderator:syed munawwar
Panel Sidang video .. prof dato dr ramlah Adam (sejarawan negara…antara panel yg tulis buku teks sejarah…lagi dua orang saya kurang jelas dengan nama dan kedudukannya…namun wajah mereka tetap diingatan.

Perbincangan di selang-seli dengan petikan yang dibaca dari laman terpilih melalui internet.Antaranya ulasan Tun Mahathir tentang sejarah.Beliau mengatakan ketidaktelusan dalam menyampaikan sejarah akan melahirkan generasi yang buta sejarah dan hilang jatidiri.Oleh itu sejarah perlu disampaikan dengan jujur tanpa sebarang prejudis.
Prof Dr Ramlah mengatakan beliau pernah diminta untuk tidak menyampaikan fakta sejarah sepenuhnya ketika menjadi panel buku teks sejarah.Antaranya tentang isu 13 Mei..kononnya tuk mengelakkan sentimen perkauman.Perkauman?hm….
Sejarah kadangkala menjadi mangsa manipulasi atau dinilai secara prejudis dan mengikut kecenderungan masing-masing yang kadangkala mengundang ‘nasi tambah’..Hal ini perlu dielakkan.Bahaya untuk sejarah.Bahaya untuk generasi akan datang.Sejarah perlu dinilai dengan adil.Begitu juga ilmu lain.

Semasa rancangan tersebut juga dibuat tinjauan…
Tinjaauan pendapat tentang buku teks sejarah
39 peratus …dah baku..petut dikekalkan
55 peratus…..patut dibahas semula
selebihnya….tak perlu diperdebatkan

Sayangnya saya tidak mengkuti rancangan tersebut dari awal.
Banyak info terlepas
Terasa sungguh rugi!

Tuesday, June 2, 2009

the matrix

suatu hari saya menonton satu cerita yang menarik
"the matrix"
cerita ini agak popular dan dikagumi satu ketika tak lama dulu kerana kehebatan jalan ceritanya dan aksi mantap Neo lakonan keanu reaves selaku the chosen one dalam cerita.. bersama rakan matrix nya yang lain berhadapan dengan agen smith yang memburu mereka.
WOW!memang mengagumkan
apa yang menarik perhatian saya adalah permainan minda yang menjadi jalan cerita filem ini.
secara tidak langsung menghuraikan kuasa minda terhadap tindakan manusia.
kuasa kepercayaan...
Neo yang awalnya kebingungan pada awalnya dengan ape yang dialami oleh dirinya semakin belajar mempercayai hakikat bahawa dia dipilih untuk menjadi matrix member.
latihan demi latihan dilaluinya.setiap latihan menguji keyakinan dirinya.dari berlari diatas bumbung kereta api sehinggalah menangkap peluru yang dilepaskan .Setelah melalui pelbagai halangan dan desakan akhirnya Neo mencapai KEYAKINAN maksima terhadap dirinya lantas melayakkan dirinya menjadi the chosen one iaitu graduan matrix yang terhebat di kalangan mereka sehingga boleh menghapuskan agen Smith yang mengganggu misi mereka.
Neo hebat hasil dari keyakinannya terhadap dirinya.

KEYAKINAN.

ya...inilah yang menarik perhatian saya.

Di hari yang lain saya terbaca pula sebuah buku yang isinya berkait rapat dengan intipati the matrix tadi.

TAWAKKAL

"sesiapa yang bertawakkal kepada Tuhan maka tuhan mencukupkan keperluannya"
-AtTalaq:3-

Dalam kitab al-hikmat,TAWAKKAL didefinisikan sebagai"YAKIN sepenuhnya kepada Dia yang memberikan jaminan".
Dalam islam Nabi Muhammad s.a.w menggalakkan umatnya menyebut "la haula wala quwwata illa billah" yang bermaksud tiada sebarang daya dan kekuatan melainkan di sisi Allah"
Imam tarmizi melaporkan kata-kata nabi yang bermaksud " Jika kamu bertawakkal kepada Tuhan dengan sebenar-benar tawakkal ,kamu akan dikurniakan rezeki sebagaimana burung-burung dikurniakan rezeki ,berpagi-pagi ia keluar dengan perut kosong dan berpetang-petang ia kembali kekenyangan"

Mereka yang bertawakkal mendapat keuntungan yang besar.
Apabila manusia yakin dengan janji Tuhan ,tawakkal memenuhi hati.Dengan itu datanglah ketenangan dan kecemerlangan.

wah!Ini bermakna Umat Islam boleh menjadi lebih hebat dari Neo.
Kerana Neo hanya yakin pada dirinya tetapi umat Islam yakin pada diri dan dijamin oleh kuasa terbesar atas segalanya iaitu Allah dengan syarat yakin dengan Allah dan janjinya.

Thursday, March 5, 2009

Kini saya bermula...

assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera pembuka tirai bicara..
setelah sekian lama memendam rasa untuk menarikan jari mencoret idea,akhirnya...dapat juga saya menghasilkan blog sendiri .Selama ni hanya khusyuk membaca blog orang.Dari situ saya irihati..mereka begitu rancak mengeksploitasi alam maya untuk agenda dakwah....
setiap kali saya selesai membaca blog orang tiap kali itulah juga hati kecil saya merungut..mana aci..saya pun tak nak ketinggalan maksimakan fungsi alam maya ini.
Tapi dek kerana keadaan,kekangan masa dn kejahilan siber yang membelenggu diri membuatkan saya payah untuk memulakannnya.
"fatimah ,awak xwat blog ke?awak kan suke menulis..."tanya seorang teman
"Along,bila nak wat blog?"..duga seorang adik
"long,bila lagi nak start?"..cabar seorang adik
Soalan-soalan ini membuatkan saya tidak senang duduk..
Akhirnya dengan tunjuk ajar azma dan ude fatimah saya cube..(jutaan terime kasih untuk kedua-duanya)
Beberapa kali saya mencube..
Yang ini baru menjadi...huhu...
infiniti kesyukuran saya panjatkan kepada ILAHI kerana mengizinkan saya menyelesaikan langkah awal ini.Terima kasih TUHANKU.memangnya kasih sayang Allah itu sangat3 luas...saya sahaja yang jarang hargai.teruk betul.astaghfirullah..Ya Allah thabatkanlah hatiku dlm mentaatiMU..
Oleh kerana saya baru bertatih di alam maya ini,pastinya perlukan rebah untuk mendapatkan skill berdiri,perlukan bimbingan untuk terus berjalan kemudian berlari...sama2 jogging dan pecut di medan dakwah ini...jadi saya sangat mengalukan sebarang teguran dan pendapat untuk dikongsi bersma atau menjadi pengajaran untuk saya atau ape2 ajelah..
Yang penting.....
Kini saya bermula.....