Sunday, November 22, 2009

Dia Kekasih Allah

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia
Kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua
Hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorg ummat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul...syafaatkan daku..ku rindu padaMu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah Yang Esa
Kerana cinta kepada rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

1 comment:

alMizzi said...

Assalamu alaikum
lirik yang menyentuh hati

Apakah kerana teringat jiran yang tinggal di "Dzi Salam(1)” sehingga engkau cucurkan airmata bercampur darah yang mengalir dari matamu

Ataukah kerana tiupan angin kencang yang berhembus dari arah “Kazhimah(2)” atau kerana sinar kilat yang membelah kegelapan dari “Gunung Idham(3)”

Kenapakah kedua matamu tetap mencucurkan airmata, walaupun telah engkau katakan: “Tahanlah….. jangan menangis”. Dan mengapa hatimu tetap resah dan gelisah, padahal telah engkau katakan padanya: “Tenanglah……..jangan gelisah”

Apakah orang yang dimabuk cinta menyangka, bahawa cinta kasih dapat disembunyikan di sebalik cucuran air mata dan kegelisahan jiwa?

Kalaulah bukan kerana dalamnya cinta, tidaklah akan bercucuran air mata di atas puing-puing rumah kekasih dan fikiranpun selalu melayang sehingga tak dapat tidur kerana mengingati pohon “Al Baan”(4) dan “Gunung Al Alam”(5)

Bagaimana hendak disembunyikan lagi suatu cinta yang telah dibuktikan oleh saksi yang adil, berupa cucuran air mata dan badan yang menderita menanggung rindu

Rindumu sudah tak dapat disembunyikan lagi, bila telah terukir di kedua pipimu kesan merah cucuran air mata laksana ranting “Anam”(6) yang bercabang dua dan bila tubuhmu kurus kerana gelisah

Ya, dikeheningan malam khayalanku jauh melayang kepada kekasih, sehingga nak tidurpun susah. Begitulah sebenarnya cinta apabila telah bertapak di dalam hati, ia akan menukarkan segala kelazatan menjadi derita.

Wahai orang yang mencelaku, tentang cintaku. Sepatutnya orang yang dimabuk cinta ini dimaafkan saja atas keterlanjurannya. Andainya engkau sedar tentang derita orang yang bercinta sudah pasti engkau tidak akan mencelanya.

Sebenarnya keadaanku jelas di hadapanmu dan sudah tiada suatu rahsiapun yang masih tersembunyi dari mata orang-orang yang mencelaku, sebagaimana derita cintaku tiada pernah kurang

Engkau bersungguh-sungguh memberikan nasihat kepadaku, namun aku masih tidak mahu mendengarnya. Begitulah agaknya orang yang dimabuk cinta sudah menjadi tuli dari celaan.