Tuesday, April 20, 2010

Jangan Kerana Dia..

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan
Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.Menurut beliau,
’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan. Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti Kampus Universiti Masa Kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.. Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpukepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’
Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa –
Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.
Memperkasa Tradisi Intelektual Anak Muda.
Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut .Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat. Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok perbincangan kecil mahasiswa yang sistematik atau lebih dikenali disini sebagai usrah. Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang perbincangan tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti. Sebelum berlangsungnya perbincangan tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran. Mahasiswa yang aktif menyertai perbincangan kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan. Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.
Dengan itu sahabat-sahabat, marilah sama-sama kita betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini.Walaubagaimanapun,ini bukanlah bermakna peperiksaan tidak perlu di ambil berat.Apa yang menjadi persoalan adalah niat dan tindakan.dan percayalah,andai niat diikhlaskan,tindakan diluruskan,natijahnya pasti lebih bernilai bagi anda dan manfaatnya mencapah-capah untuk ummah.Yang paling penting..Allah suka.Allah suka dengan hamba-hambaNya yang ikhlas keranaNya.Resam muttaqin..usaha sehabis baik diiringi tawakkal sehabis tinggi barulah redha dengan apa jua natijah kurniaan Ilahi.Konsep tawakkal juga begitu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)..serta memberi rezki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.Dan (ingatlah),sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya.Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap perkara"-ATTALAAQ:3,4

Imtihan,exam,peperiksaan..kini dia datang lagi..pastikan JANGAN KERANA DIA..kita nipis nilai intelektual agamawan. Abu Darda’ seorang sahabat Nabi s.a.w berkata :
“seungguhnya perkara yang paling aku takuti apabila aku berdiri untuk dihisab nanti adalah jika dipersoalkan ‘Engkau telah memiliki ilmu, lalu apa yang telah engkau lakukan untuk ilmumu itu?.
Hasan al Basri berkata, “Seorang mukmin adalah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah s.w.t. Hisab pada esok hari akan menjadi ringan bagi orang yang selalu muhasabah diri di dunia. Dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan.
Sabda Nabi s.a.w:
“sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan berikan
kefahaman agama yang baik kepadanya”
(H.Rbukhari n muslim dari Muawiyah)

Nota :Artikel ini dihasilkan untuk Lajnah Pembangunan Rohani dan Sahsiah(LAROSA)Perwakilan Mahasiswa DQ-USIM dengan sedikit ubahsuai sempena peperiksaan akhir Semester Dua Pengajian Quran dan Sunnah.Terima kasih untuk saudari Kamaliah yang turut menyumbang.
ALL THE BEST untuk adik beradik,sahabat-sahabat dan semua yang menduduki peperiksaan.Bittaufiq wannajah.Doakan saya juga ;-).

6 comments:

Mahmud Jamaludin said...

betul, betul, betul...

Sebenarnya belajar ini usulnya adalah ilmu dan furu'nya adalah sijil dan yang lain-lainya...

Imtihan ini kita boleh kata sebagai salah satu proses ke arah ilmu itu sendiri.

masalah utamanya bukan exam, tapi tanggapan atau minda student hari ini dah terikut dengan budaya exam... ini yang perlu diperbaiki dulu dalam masa yang sama sistem pun kena diperbaiki gak...

salam perjuangan...

Maryam said...

Saya setuju! Way to go! Jangan biarkan kepayahan peperiksaan mengaburi matlamat kita yang ultimate itu...

kamaliah.. said...

long, terima kasih juga pada w.wasif atas sumbangannya dalam artikel tersebut...gd luck along n suma kawan2...

orkid ungu said...

syukran Along..mohon copy artikel ni...

DrSalamus said...

Salam..kak fatimah..mintak izin copy..

noor fatimah binti mujahid said...

salam.
silakan orkid ungu dan perantau.mg dapat manfaat bersama.