Friday, April 23, 2010

Entah Kenapa...



Entah kenapa..time-time fatrah exam ni tiba-tiba saya dilanda perasaan membuak-buak untuk post artikel yang saya tangguhkan selama ni.nasib baik esok tak exam.Kawan -kawan saya bertempur dengan MUET esok.ade juga kawan-kawan yang x exam esok macam saya.Mg yang exam berjaya dalam pertempuran esok.haih..saya pun tak tahulah kenapa...waktu begini pula yang saya bersemangat waja untuk menulis.Dan otak saya tidak beku dihadapan skrin ni.Dikala exam menuntut perhatian saya kepada buku-buku.Adakah kerana mata yang tidak boleh lelap?Ya..mungkin.setelah penat merevisi..inilah ubatnya..Hm..nampaknya lepas exam saya perlu terus merevisi..untuk lebih rajin update blog.huhu
Buat waktu sekarang,kene control ni..tapi untuk anda tidak merasa sia-sia singgah diblog ini kerana entry ini..saya kongsikan rasa saya tentang beberapa ayat Allah s.w.t .Ia berguna bagi orang-orang yang mahu berfikir dan mengambil pelajaran..
Surah Al-Hujurat ayat 10-12.Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu(yang bertelingkah)itu,dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah satu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain,(kerana)mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka,janganlah pula satu-satu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik dari mereka,dan janganlah setengahkamu menyatakan keaiban setengah yang lain dan janganlah kamu memanggil-manggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.amatlah buruknya sebutan nama fasiq(kepada seseorang sesudah dia beriman),sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya)maka merekalah orang-orang yang zalim."
"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan dari sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)kerana sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?(jika demikian keadaan mengumpat)maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.(oleh itu,patuhilah larangan-larangan yang tersebut) DAN BERTAQWALAH KAMU KEPADA aLLAH,SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENERIMA TAUBAT LAGI MAHA MENGASIHANI"

-Apa anda rasa bila membaca ayat ini?apa kesimpulan yang boleh ambil?terpulang...

pada saya...ia mengajar saya adab dalam berukhuwwah.Adab dalam berkhilaf..adab bersama teman seakidah.












-AWAS!ramai orang yang mengabaikan ayat ini..paling sedih ade juga yang menyalahgunakannya untuk membela maksiat.Wal'iyazuBILLAH..
-Bacalah ayat Allah dengan rasa.
Mg beroleh manfaat.


~Aku sayang Allah,aku rindu Allah,aku cinta Allah~

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Kerana Dia..

Budaya ilmu VS budaya peperiksaan
Sistem pendidikan negara kita telah dikritik oleh beberapa tokoh akademik dan pakar pendidikan dan pastinya kritikan tersebut merupakan hasil renungan,kajian dan penyelidikan mereka dan ia merupakan kritikan membina demi memperkasakan lagi sistem pendidikan negara kita. Prof Wan Mohd Nor Wan Daud misalnya dalam bukunya bertajuk Penjelasan Budaya Ilmu telah mengupas bagaimana budaya peperiksaan telah menggantikan budaya ilmu dalam sistem pendidikan negara masa kini.Menurut beliau,
’’ Budaya peperiksaan dalam sistem pendidikan negara telah menggantikan budaya ilmu.Para pelajar memang giat belajar tetapi kebanyakannya bukan untuk memahami dan mencungkil makna daripada apa yang dipelajari tetapi untuk menghafalnya cukup untuk masa dua tiga minggu tempoh peperiksaan .Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sebilangan terbesar murid-murid tidak ingat lagi perkara-perkara yang gigih dipelajarinya sebaik sahaja peperiksaan tamat.Para guru pula memang giat mengajar tetapi penumpuannya lebih kepada untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan mencapai kecemerlangan peperiksaan.
Prof Wan Mohd Nor Wan Daud juga mengupas tentang kritikan yang pernah dibuat oleh Professor Diraja Ungku Aziz terhadap sistem pendidikan kita yang pada pandangan beliau hanya menggalakkan penghafalan dan bukannya pemikiran dan akhirnya menyebabkan para murid lebih cenderung untuk bergantung kepada jawapan contoh,hafalan dan soalan ramalan(spotted questions) daripada memahami konsep dan teori yang berkenaan. Apa yang diperkatakan oleh tokoh-tokoh akademik perlu diberi perhatian oleh semua pihak terutamanya generasi muda. Budaya ilmu perlu diterapkan dan niat yang tulus ikhlas menuntut ilmu perlu diperbaharui agar generasi muda tidak belajar atau menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksaan,mengejar sijil,diploma atau ijazah, atau memperoleh gred,markah, ‘pointer’-‘CGPA’yang tinggi semata-mata.
Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata (exam oriented) juga tidak lagi relevan dan penekanan kepada aspek pemikiran atau budaya berfikir secara rasional perlu digalakkan. Allahyarham Syeikh Muhammad Al-Ghazali pernah mengungkapkan ‘Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya tidak mahu lagi berfikir’.Para pelajar juga perlu lebih berdikari,berani berfikir dan menyuarakan pandangan peribadi disamping memiliki kriteria budaya ilmu seperti cinta ilmu dan ilmuwan,memiliki tabiat membaca,menulis,berdiskusi,menyelidik dan sebagainya.
Realiti Kampus Universiti Masa Kini
Kita pastinya tidak mahu mahasiswa di kampus-kampus universiti dihanyutkan dengan budaya hedonisme ,menebal sifat individualistik yang akhirnya memandulkan idealisme dan mematikan semangat perjuangan mahasiswa sebagai penuntut ilmu apatah lagi mahasiswa merupakan aset penting dan barisan pelapis kepimpinan negara suatu masa nanti.. Melihat realiti yang berlaku di kampus universiti sekarang,mahasiswa lebih banyak tertumpukepada program-program berbentuk hiburan,kebudayaan dan sukan semata-mata.Konsert,pesta,festival,karnival dan sebagainya mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa bahkan mendapat sokongan penuh dari pihak kolej kediaman universiti..Malang bagi mahasiswa pencinta ilmu yang tidak dapat merasai sambutan hangat mahasiswa dan pihak atasan universiti dalam program-program berbentuk akademik,intelektual dan pemerkasaan budaya ilmu di kalangan mahasiswa. Benar seperti yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dato Ir Dr.Zaini Ujang (Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia) dalam siri syarahan perdana Naib Canselor,Universiti-Kreativiti-Inovasi,’’
Aspek yang menjurus kepada pembinaan minda kelas pertama dan pembudayaan ilmu seperti wacana,diskusi,’kegilaan membaca dan menulis’ dan persekitaran yang mesra intelektualisme tidak lagi menjadi trend dan aset penting .Bahkan personaliti sedemikian tidak lagi menyerlah di kampus malah nampaknya semakin pupus melawan arus masa –
Pihak universiti terutamanya melalui kolej-kolej kediaman perlu memikirkan usaha pemupukan budaya ilmu,upaya menyegarkan intelektualisme,spiritualisme,aktivisme dan ,idealisme dikalangan mahasiswa.Kolej-kolej kediaman perlu menyemarakkan program-program ilmiah seperti forum,wacana, debat,diskusi buku dengan penampilan para ilmuwan dan cendekiawan dengan melibatkan penyertaan bersama mahasiswa dan sokongan padu pihak kolej kediaman dan pihak atasan universiti.
Memperkasa Tradisi Intelektual Anak Muda.
Jika direnung kembali sejarah perjuangan mahasiswa terutamanya tatkala era akhir 60 an dan awal 70 an yang dikatakan era kegemilangan mahasiswa,kita akan mendapati bahawa era tersebut bukan sahaja dipenuhi dengan siri-siri demonstrasi semata-mata bahkan juga dipenuhi dengan siri-siri diskusi intelektual kelompok kecil atau usrah samada antara sesama mahasiswa ataupun antara mahasiswa dan para pensyarah sebagai mentor atau naqib usrah tersebut .Pelbagai buku daripada pelbagai bidang yang ditulis oleh tokoh-tokoh terkemuka telah dikupas dan diperdebatkan dalam usrah mereka dan hasil usrah tersebutlah yang telah membentuk pemikiran,fikrah,dan pandangan sarwa-alam@worldview mahasiswa ketika itu seterusnya mendorong mereka untuk terus istiqamah berjuang di lapangan umat. Membaca karya-karya besar pastinya mampu membentuk mahasiswa yang berjiwa besar.Oleh kerana itu,mahasiswa kini perlu menyedari kepentingan membaca buku atau karya besar yang ditulis oleh tokoh-tokoh atau pakar –pakar yang meliputi pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Budaya membaca karya-karya besar itu pula perlu seiring dengan budaya diskusi,berdebat,berbincang ,bertukar-tukar pandangan dan idea dan semua ini mampu dilakukan melalui kelompok perbincangan kecil mahasiswa yang sistematik atau lebih dikenali disini sebagai usrah. Melalui penjadualan pembentang di kalangan mahasiswa itu sendiri dan juga senarai buku-buku yang akan dikupas sepanjang perbincangan tersebut akan lebih memantapkan lagi persiapan dan perjalanan usrah itu nanti. Sebelum berlangsungnya perbincangan tersebut,seseorang itu perlulah membuat persiapan daripada aspek keintelektualan dengan pembacaan buku-buku dan membuat catatan terlebih dahulu agar pembincangan dalam usrah itu nanti lebih rancak dengan sesi ‘pertarungan’ idea dan pemikiran. Mahasiswa yang aktif menyertai perbincangan kelompok kecil ini nanti akhirnya pasti akan lahir dalam diri mereka sifat berani dalam mengemukakan pandangan dan berhujah,membentuk budaya berfikir,pemikiran kritis dan sebati dalam jiwa mereka budaya ilmu dan keintelektualan. Semoga kampus universiti sentiasa segar dengan mahasiswanya yang mengjunjung tinggi budaya ilmu dan keintelektualan.
Dengan itu sahabat-sahabat, marilah sama-sama kita betulkan kembali niat kita untuk menuntut ilmu di bumi Allah ini.Walaubagaimanapun,ini bukanlah bermakna peperiksaan tidak perlu di ambil berat.Apa yang menjadi persoalan adalah niat dan tindakan.dan percayalah,andai niat diikhlaskan,tindakan diluruskan,natijahnya pasti lebih bernilai bagi anda dan manfaatnya mencapah-capah untuk ummah.Yang paling penting..Allah suka.Allah suka dengan hamba-hambaNya yang ikhlas keranaNya.Resam muttaqin..usaha sehabis baik diiringi tawakkal sehabis tinggi barulah redha dengan apa jua natijah kurniaan Ilahi.Konsep tawakkal juga begitu.Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya,nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)..serta memberi rezki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.Dan (ingatlah),sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah,maka cukuplah Allah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendakiNya.Allah telahpun menentukan kadar dan masa berlakunya tiap-tiap perkara"-ATTALAAQ:3,4

Imtihan,exam,peperiksaan..kini dia datang lagi..pastikan JANGAN KERANA DIA..kita nipis nilai intelektual agamawan. Abu Darda’ seorang sahabat Nabi s.a.w berkata :
“seungguhnya perkara yang paling aku takuti apabila aku berdiri untuk dihisab nanti adalah jika dipersoalkan ‘Engkau telah memiliki ilmu, lalu apa yang telah engkau lakukan untuk ilmumu itu?.
Hasan al Basri berkata, “Seorang mukmin adalah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah s.w.t. Hisab pada esok hari akan menjadi ringan bagi orang yang selalu muhasabah diri di dunia. Dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan.
Sabda Nabi s.a.w:
“sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, Allah akan berikan
kefahaman agama yang baik kepadanya”
(H.Rbukhari n muslim dari Muawiyah)

Nota :Artikel ini dihasilkan untuk Lajnah Pembangunan Rohani dan Sahsiah(LAROSA)Perwakilan Mahasiswa DQ-USIM dengan sedikit ubahsuai sempena peperiksaan akhir Semester Dua Pengajian Quran dan Sunnah.Terima kasih untuk saudari Kamaliah yang turut menyumbang.
ALL THE BEST untuk adik beradik,sahabat-sahabat dan semua yang menduduki peperiksaan.Bittaufiq wannajah.Doakan saya juga ;-).

Saturday, March 13, 2010

Batang Kali

Ya Allah Ya Tuhanku..
lapangkanlah dadaku,
permudahkanlah urusanku,
Kau bukakanlah simpulan-simpulan dari lidahku
agar mereka memahami pertuturanku..
Ya Allah ya Tuhanku..
Tambahkanlah ilmu kami,
Kurniakanlah kami kefahaman ya Allah

Ya Allah ya Tuhanku..
Ku mohon padaMu
Terangilah hati-hati kami dengan sinaran hidayahMu,
Ya Allah...
Aku Merayu..
Janganlah kerana dosa-dosaku mereka terhijab dari taufik dan hidayahMu ya Allah
Aku memohon ampun atas segala dosa-dosaku..
Aku bertobat padaMu
Tunjukilah aku jalanMu,
Gerakkanlah lisanku dengan petunjukMu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Ameen.

Tuesday, January 12, 2010

Alhamdulillah..this is good!

Tersebut alkisah suatu ketika zaman dulu..ada seorang raja.Dia mempunyai seorang sahabat merangkap memanda menterinya.Sahabatnya ni seorang yang sangat positif pemikirannya membuatkan raja senang berada disampingnya.Apa saja yang berlaku pasti akan diucapkan..alhamdulillah..this is good!
Raja ini seorang yang suka berburu.Pada suatu hari Sang raja pergi berburu bersama sahabatnya itu.Sewaktu sedang berehat-rehat..

Memanda :Tuanku,senapang tuanku tu nampak macam kotor je..mai patik bersihkan
Raja :silakan memanda...
(maka memanda pun mula membersihkan senapang sang raja)
Memanda :Tuanku,laras dia panjang sangat..tak larat patik nak pegang..tuanku boleh tolong pegangkan hujungnya?
Raja :Boleh je...bak sini beta pegang..
(maka sang raja memegang laras tanpa menyedari ibu jarinya berada tepat di lubang laras tersebut..tiba-tiba..
POOMMMMMM!
Sang raja dan memanda dan seluruh rombongan memburu terpana...berkecai ibu jari sang raja...
Raja :Memanda,apa yang tuan hamba dah buat ?tuan hamba nak bunuh beta ya..
Memanda :Er....Alhamdulillah...this is good tuanku...nasib baik kene tangan je..tak kene muka tuanku yang hensem tu.(muka dah pucat)
Raja :Banyaklah tuan hamba punya hensem..berani tuan hamba mempermainkan beta!Pengawal!Bawa memanda menteri ini..sumbat dia dalam penjara...huh!tak guna..harapkan dia..boleh pulak dia hancurkan beta punya jari!
(Raja berasa sungguh marah.Tangannya tidak lagi sempurna seperti dahulu..)
Memanda :Tidak tuanku...patik berkata benar..ini serius.

Tidak lama kemudian..tangan raja beransur pulih...namun jarinya tetap kudung.Dan memanda tersebut terpaksa meneruskan hayatnya dalam penjara seumur hidup dek kerana kemarahan raja tidak surut-surut..
Raja meneruskan hobinya...memburu..namun kali ini tiada lagi Memanda di sisinya.. walaupun kesepian,Sang Raja meneruskan hobinya bersama beberapa orang pengawal.
Maka berburu lah raja di sebuah pulau.Sedang asyik mengintip buruan,tiba-tiba kedengaran bunyi yang aneh..sekelip mata raja dikelilingi oleh sekelompok manusia..pengawal-pengawal bertempiaran lari meninggalkan raja yang terpinga-pinga..
Rupa-rupanya yang mengepung raja adalah orang kanibal(anda tau kan macammana orang kanibal).
Tak guna punya pengawal(bentak raja dalam hati)
Orang-orang kanibal itu bersorak-sorak kegembiraan dalam bahasa mereka yang tidak difahami raja.Maka orang-orang kanibal itu membawa raja yang ketakutan itu ke tempat mereka.
Apabila sampai di kampung kanibal itu,orang-orang kampung tersebut menyambut mereka dengan sorakan dan tepukan..menandakan mereka akan makan besar kemudiannya.
Raja dikurung semalaman dalam sangkar kanibal.Maka duduklah raja tersebut didalamnya dengan penantian yang penuh debaran.
Keesokan harinya..beberapa orang kanibal tersebut membuat 'final touch' ..memeriksa raja tersebut untuk dimasak.Usai membuat pemeriksaan..mereka keluar bertemu ketua mereka.
Tiba-tiba pesta yang tadinya meriah bertukar sepi.Semua beredar memasuki rumah masing-masing dengan riak muka kekecewaan.Dan beberapa orang tadi datang membuka dan melepaskan raja tersebut.
Rupa-rupanya orang kanibal tidak memakan orang yang cacat anggota tubuhnya.Maka selamatlah raja tersebut.Pulanglah raja tersebut ke istana dengan penuh keinsafan.Terkenanglah baginda akan kata-kata sahabatnya.."Alhamdulillah this is good"
Sebaik sampai di istana,raja segera memerintahkan memanda menteri dibebaskan.Maka mengadaplah memanda menteri akan raja.

Memanda :Ampun tuanku,sembah patik harap di ampun.
Raja :Tidak mengapa memanda.Mulai hari ini beta bebaskan memanda dari tahanan.Sepatutnya beta yang minta maaf dari memanda kerana memenjarakan tuan hamba.Dan terima kasih kerana mencacatkan tangan beta.
Memanda :Erk,biar benar tuanku?Ini perli ke kutuk patik?
Raja :Benar memanda.Kerana peristiwa itulah beta masih bernyawa hari ini dan masih berpeluang berada di istana ini.(maka raja pun menceritakan secara panjang lebar apa yang berlaku padanya sebelum kembali ke istana)
Memanda :Owh,begitu(memanda menteri menarik nafas lega)alhamdulillah this is good!terima kasih tuanku kerana membebaskan patik.Terima kasih juga kerana memenjarakan patik.
Raja :hai memanda..perli ke kutuk beta ni?
Memanda :Tidak tuanku,patik benar-benar bermaksud untuk berterima kasih kepada tuanku kerana memenjarakan patik.Nasib baik Allah gerakkan hati tuanku memenjarakan patik.Jika tidak pasti tuanku akan membawa patik pergi berburu bersama tuanku ke pulau tersebut.Dan patik akan turut sama ditangkap oleh orang-orang kanibal itu.Tuanku selamat kerana jari tuanku.Patik pula yang dimasak kerana jari patik tidak cacat.Pasti patik akan mati dengan penuh keseksaan direbus oleh mereka.Alhamdulillah..
Raja : hahaha..iya2..betul jugak tu.(maka mereka berpelukan kegembiraan)

Memanda : this is good ..right tuanku?

-tamat-

#Cerita ini diceritakan sewaktu saya menjadi peserta di program SPIES anjuran kerajaan negeri selangor untuk para belia.Penceritaan urusetia lebih menarik dgn gaya-gaya mereka.Cerita ini sungguh memberi kesan kepada saya.moga anda juga mendapat sesuatu dari cerita ini sebagaimana saya..=)
ALHAMDULILLAH..THIS IS GOOD ;)

Sunday, November 22, 2009

Dia Kekasih Allah

Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia
Kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua
Hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorg ummat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerna budinya aku jatuh cinta
Rinduku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul...syafaatkan daku..ku rindu padaMu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah Yang Esa
Kerana cinta kepada rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Saturday, October 17, 2009

Kejap...sikit lagi....

Sebenarnya sebelum ni saya nak cerita banyak benda untuk dikongsi..tapi kelemahan saya ialah tidak pandai bercerita,meluah rasa, jadi tangan saya turut kaku untuk menaip..membuatkan saya menyepi.Bila dihadapan komputer terus blurrr.hm...mungkin sbb sayaterlalu memikirkan ayat yang terbaik untuk ditulis,last2 tak tertulis.Masalah2.
Akhirnya saya amik langkah tulis je..ape saje ..jadi saya minta maaf kalau tulisan saya berterabur ideanya ya...ataupun ntah ape2..Saya nak biasakan diri menulis..

Kali ni saya nak cerita pasal study group lagi..
Sebetulnya bukan study group..tapi cerita disebalik study group..
Dikisahkan..lewat pagi saya dan kawan-kawan study sama-sama.Subjek BM....

Bukan Bahasa Melayu..

Bukan Bait Muslim...

Tapi..Bisnes Managment.

Kami ulang kaji bersama..Ahad nanti ada kuiz.Chapter 7 sampai 10.
Chapter 7:Enterpreneurship and Business Planning..
Helai demi helai kami teliti..
Satu resolusi tiba-tiba keluar setelah kami mengalami kekeliruan dalam memahami beberapa istilah.Ya...sem depan ataupun kuliah lepas ni kami akan rekod ape yang Miss Shat huraikan dalam kelas untuk memudahkan ulangkaji dan supaya tidak salah faham.
Iyela..kalau tidak nanti berlaku lagi khilaf ulama' nanti.

Ketika hampir selesai chapter 7..azan berkumandang.azan zohor.
Tatkala habis azan..roommate saya bersuara dalam dialek kelantannya.."mai gi maye(solat) dulu..study goni(perkara ini) tok habih(tak habis)"..
seorang yang lain menjawab .."kejapla..sikit lagi ni"
Roommate saya tersenyum lalu berkata.."hm..pahtu gak..kalu nok mati pahni buleh ko oyak kejap2?..tokleh doh..(pastu,nanti nak mati bolehkah cakap tunggu kejap?tak bleh dah)"
Diam .
Saya mengiyakan.."btul tu"
"Ala ..kejap je.."
Hm..boleh jawab lagi?
Saya agak pelik dan terkejut ..
Kalau saya dah tak berani dah nak jawab.Ape lagi diingatkan dengan mati.
Tiada apa yang menghalang untuk terus menyahut seruan azan pada waktu itu.Sumenye selesa..lainlah kalau tengah basuh baju ke..atau kerja-kerja yang perlu segera disiapkan.bila difikirkan ..betul tanpa salah ape yang afrida (roommate saya)caap tu..sbb banyak lagi yang tak distudy..nanti kene sambung gak.
Kami cuma senyum.Saya bingkas bangun.

Ya.kalau tiada yang menimbulkan persoalan itu mungkin saya juga meneruskan ape yang sedang dibuat.Tapi kalau dah disebut...turut sahajalah kerana itu peringatan yang baik.Macam saya makan ais.time org tegur saya tunduk dan letak ais tu jauh-jauh atau berenti makan ais tersebut.Kalau takde orang tegur saya terus makan jelah ...hehe.

Kembali pada peristiwa tadi.
Teringat saya pada kalam Allah..
Yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu,mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat dan patuh),dan menggerakkan lidah dengan bertasbih dan memuji Tuhan mereka,dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takabbur"
-surah assajdah:ayat 15-

Ditanya oleh sahabat kepada Rasulullah, “apakah amalan yang paling utama?”
Dijawab oleh Rasulullah, “solat di awal waktu.” Dikatakan waktu solat itu terbahagi kepada 3: Iaitu awal, pertengahan dan akhir. Dan seutama solat yang dianjurkan oleh Rasulullah ialah solat di awal waktu.

Yang utama pada awal waktu pula adalah solat sekira-kira bila masuk waktunya dan diperuntukkan waktu untuk azan, solat sunat 2 rakaat dan iqamat. Dipandang baik seseorang terhadap solatnya apabila masuk waktu solat, dia sudah pun berada di atas tikar sembahyang. Kemudian daripadanya ialah orang yang bila masuk masuk waktu solat, dia sedang berwudhuk dan bersiap-siap untuk berada di tikar sembahyang. Kemudian daripada orang-orang tersebut ialah orang yang bila masuk waktu, dia pun tersedar lalu bersiap untuk wudhuk dan mengerjakan solat. Tersebut dalam hadis, orang yang sempat bertakbiratul ihram bersama imam pada rakaat pertama setiap kali solat, selama 40 hari berturut-turut, dia itu terhindar daripada penyakit nifaq. InsyaAllah, istiqamahnya itu akan melepaskan dia daripada api neraka.

Orang yang bila masuk waktu solat dan ada urusan yang tidak dapat tidak dielakkan dan dia mahu melewatkan solatnya, maka hendaklah dia memasang niat untuk mengerjakan solat tersebut. Dibimbangi dia meninggal atau uzur sebelum sempat mengerjakan solat sedang tidak ada dalam hatinya niat untuk melakukan solat.

ya..saya yakin kawan-kawan saya yang lain itu tidaklah berniat untuk meninggalkan solat..tapi persoalan roommate saya itu cukup menggetarkan hati.
Ditambah lagi dengan hadith-hadith yang saya sempat terokai selepas peristiwa ini.

Rosulullah Saw bersabda, “Permulaan waktu adalah ridho Allah, tengah waktu
adalah rahmat Allah, dan akhir waktu adalah ampunan Allah yang Maha Mulia
dan Maha Agung.” (HR. Daruquthni)

Rosulullah Saw bersabda, “Amal yang paling utama adalah sholat pada waktunya
berbakti kepada kedua orang tua, dan jihad di jalan Allah.” (HR. Ahmad)

Dalam hadisnya Bazzar berkata, “Kemudian Nabi Muhammad saw datang pada suatu
kaum yang dipacah kepalanya dengan batu. Ketika kepala itu pecah kemudian
pulih kembali seperti semula, begitu seterusnya.” Rosulullah Saw bertanya,
“Wahai Jibril, siapakah mereka itu ?” Mereka itu adalah orang-orang yang
merasa berat kepalanya untuk mengerjakan sholat.” (Jawazir, hal. 114, Jilid
I)

Ibnu Abbas ra. Berkata, “Pada hari kiamat nanti, ada seorang laki-laki
disuruh berdiri di hadapan Allah. Kemudian Allah memerintahnya ke neraka.”
Maka dia berkata, “Wahai Tuhan, kenapa begini ?” Kemudian Dia (Allah)
berfirman, “Sebab kamu akhirkan sholat dari waktunya dan sebab sumpah
dustamu kepada-Ku.” (Jawazir, hal. 116, jilid 1)

Bergegas mengerjakan sholat pada awal waktu, hukumnya sunat.
Mengakhirkan sholat hingga keluar waktunya dengan disengaja hukumnya haram.

Apabila saya bingkas bangun.Kawan-kawan turut bersurai.
Solat Zohor.
Terima kasih afrida.
Segala puji bagi Allah mengurniakan saya sahabat,adik,merangkap roomate sepertinya.

Sekian cerita untuk kali ini.
Moga dapat manfaat.Wassalam.

Thursday, October 15, 2009

Ceritera hidupku hari ini

Assalamualaikum.
Sudah agak lama menyepi rasanya.Hari ni saya teruja untuk menulis.
Hari ni berakhirnya Ihtifal Ilmi peringkat Kebangsaan.MTQN yang terlibat sudah pun berangkat pulang dengan rombongan masing-masing.
Tapi itu bukan cerita saya untuk entri ni.

STUDY GROUP PALING MERIAH
Yang saya nak cerita ialah tentang study group yang baru sahaja selesai sebentar tadi.
Study group yang tidak dirancang
bermula dengan dua orang..(saya dan hana)tiba-tiba menjadi meriah
pertambahan bermula dengan zulfa,mai,fiza r,tiba-tiba..barakah..izzati dan aminah pun tiba juga..tengah asyik berbincang muncul pulak cek bee.
kenapa sume kalut wat latihan b.arab nih?..oo..rupanya ustaz nak tengok buku esok.(",)untunglah ade zulfa..kenapa?kerana dialah satu-satunya syeikhah mekah di kalangan kami(dia dilahirkan di mekah)ade sebab lain lagi tapi..biarlah ia menjadi rahsia kami..hehe
D309 sungguh meriah pada malam ini.tetapi saya hanya mampu melihat..dan menyumbang sedikit sebanyak idea..sebab buku saya tidak dapat dikesan..huhu.Setelah dua harian bawa kesana kemari,tiba-tiba time nak wat keje ni hilang plak dah.taktau lah camne nak jawab ngan us esok nih.harap2 dapat jumpa sebelum kelas.Jadi..sementara melihat saya mencari bahan untuk titas.Bila dah agak jemu dengan kelemah lembapan broadband ni..saya mencapai buku novel kegemaran karangan Abd Latip Talib.HULAGU KHAN;Khabar Hitam dari timur yang dibeli baru-baru ini..kunjungan ke easy book baru-baru ini bersama aminah membuat saya 'kelabu mata'.tapi akhirnya saya terpaksa yang betul-betul menarik hati.Akhirnya,Umar Abd Aziz,Basic Conversation B.A-B.M-B.I dan HULAGU KHAN menjadi pilihan.Saidina uthman,Saidina Ali dan ensiklopedia fiqh dalam List menunggu.

eh..mana afrida?owh..roomate saya tengah sibuk membina tamadun rupanya.samihah dengan tohirah pun kluar masuk bilik ini kerana titas.sibuk mencari bahan untuk assignment tamadun.sebab tamadun pun esok juga kene hantar.huhu
Banyak juga yang saya nak kongsi sebenarnya.Tapi cukuplah dulu setakat ini sebagai pemanas enjin setelah lama berdiam diri.

Akhir kalam,saya doakan rakan-rakan pembaca dirahmati dan diredhai Allah sentiasa.
Sama-samalah kita sentiasa berdoa kerana doa itu senjata mukmin ..jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat Allah.
Allah ya Rabbi.entah apa saya merapu.maaflah kalau anda semua rasa sia-sia membaca artikel ini.Sebagai penutupnya saya hadiahkan sebuah lagu untuk anda.

EPILOG SILAM
Bila mengenang kisah hidup silam
Tuhan beratnya dosa-dosaku
masihkah ada ampunan buat ku
Tuhan dalam menempuh hidup ini
banyak nya dugaan yang perlu tempuhi
Tuhan
ada yang dapat ku gagahi
dan ada yang gagal ku hindari
Tuhan
Dosaku menggunung tinggi
tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan
rahmatMU melangit luas
terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali padaMu
Mengharap maghfirah dariMu
Moga kan terampunlah dosa-dosaku..

Sekian.wassalam..