Thursday, July 9, 2009

MAKLUMAT PENTING UNTUK WARGA HOSPITAL YANG BERIMAN ..

Samaada anda pesakit,orang yang merawat pesakit(dokter atau nurse la tu..),pelawat pesakit atau peneman pesakit…pastinya pernah mengalami atau melihat situasi pesakit yang berbalut sana sini.Paling kurang pun tampal plaster kat tangan tuk masuk air garam atau pun darah.

Sebagai muslim kita perlu solat

Nak solat mesti kene ada wudhuk kan?(ma la yutimmul wajib illa bihi fahua wajib)

Jadi macammane nak berwudhuk kalau anggota wudhuk berbalut?Apa hukumnya?

Hm..ini jawapannya…

Seseorang pesakit yang menghadapi satu penyakit atau cedera,yang melibatkan anggota wudhuk,kemudian anggota itu dibalut dengan pembalut biasa atau plaster..sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan untuk membukanya…maka hukumnya WAJIB membuka pembalut itu supaya air sampai kepadanya ketika ambil wudhuk.

Jika air boleh memudaratkan luka,maka tidak perlulah membasuh bahagian tersebut. Sebaliknya cukup sekadar disapu sahaja menurut ulama mazhab hanafi ,maliki dan hanbali .Bagi ulama mazhab syafii dan segolongan ulama hanbali dalam satu pendapat yang lain,pesakit terlibat dikehendaki membasuh bahagian yang boleh terkena air dan bertayammum untuk bahagian yang mudarat kalau terkena air sebagai ganti menyapu bahagian tersebut.

Macammana pula dengan pesakit yang berbalut yang mana balutannya pada anggota wudhuk tidak boleh dibuka kerana memudaratkan atau boleh melambatkan kesembuhan nya?
Sekiranya pesakit :
1. berbalut bahagian mata
2. Hidung dipasang dengan alat ryles Tube
3. Branula dipasang di tangan bagi pesakit yang memerlukan bekalan air Drip
4. Traction dipasang dikaki bagi rawatan kepatahan tulang
5. Anggota badan berbalut kerana luka seperti tangan kanan,kiri,kaki dan lain2

Pesakit seumpama ini biasanya balutannya tidak boleh dibuka kerana memudaratkan atau melewatkan sembuh..Macammana tu?

Answer is…
Pesakit dikehendaki mencuci nais terlebih dahulu sekiranya ada.Setelah itu,menjirus keseluruhan anggota wudhuknya dengan air kecuali tempat cedera atau sakit tersebut.
Bahagian yang sakit atau berbalut,disapu dengan air sahaja.sapuan ini adalah ganti membasuh tempat yang sakit dibawahnya.

Ulama mazhab empat sepakat dari segi kewajipan menyapu diatas pembalut luka ini.

Syarat-syarat untuk menyapu di atas pembalut ialah:
1. balutan tidak boleh dibuang.kalau dibuang atau dibasuh akan mudarat
2. balutan tidak melebihi kawasan yang perlu.Jika lebih,wajib dibuang terlebih dahulu untuk membasuh bahagian yang tidak sakit.jika cabut boleh mendatangkan mudarat maka kena tayammum untuk kawasan tersebut
3. Balutan tersebut dipasang setelah pesakit bersuci dengan air terlebih dahulu.Jika tidak solatnya wajib diulang semula.Syarat ini dikenakan oleh ulama’ mazhab syafie dan hanbali.Bagi ulama hanafi dan maliki mereka tidak mensyaratkan sedemikian.Ini bertujuan mengelakkan kesukaran.Pendapat ini dikira paling munasabah kerana balutan,simen dan belatan berlaku dalam keadaan tidak dijangka.

Bagaimana pula kalau pesakit tidak boleh terkena air dan debu sama sekali?
Macammana nak wuduk atau tayammum?

Jawapannya…
Tidak perlu bersuci…bahkan hendaklah menunaikan solat dalam keadaan tidak bersuci.
Orang dalam keaadaan ini dinamakan sebagai orang yang faqid al-tahurain iaitu orang yang tidak dapat menggunakan air atau debu tanah.Dalam kes sebegini majority ulama’ mewajibkan yang terlibat menunaikan solat tanpa wudhuk atau tayammum.

Berdasarkan kepada mpendapat yang kuat menururt ulama mazhab syafie,solat dilakukan dalam keadaan biasa dan tidak boleh menunaikan solat sunat.Begitu juga dalam mazhab Hanbali,wajib ke atas yang terlibat menunaikan solat. Ini berdasarkan hujjah antaranya :

Hadith yang diriwayatkan menerusi urwah ibnu Zubair r.a.Beliau berkata :
“Aisyah r.a pernah meminjam sebentuk kalung dari Asma’ Binti Abu Bakar r.a,kemudia kalung itu hilang didalam perjalanan.Rasulullah s.a.w menyuruh beberapa orang mencari dan akhirnya mereka menemuinya kembali.Didalam mereka mencari kalung itu,tiba waktu solat.Oleh kerana ketiadaan air mereka pun solat tanpa wudhuk.Sekembali bersama rasulullah s.a.w mereka menerangkan hal tersebut.Ketika itu turunlah ayat tayamum.

Hadith yang diriwayat Abu Hurairah r.a beliau berkata:
Nabi s.a.w bersabda : “Apabila aku mencegah anda dari suatu pekerjaan jauhilah perbuatan itu dan apabila aku menyuruh anda sesuatu suruhan,hendaklah anda melakukan sedaya upaya.

Pengalaman saya menemani kakak dan ayah di hospital dapat melihat bagaimana prihatinnya masyarakat sekarang terhadap solat.Biasa nya..peneman akan solat tapi yang sakit dibiarkan..atas alas an sakit.

Saya rasa nasihat dari yang bergelar dokter atau kakak misi atau abang misi sangat berkesan untuk mereka yang sakit timbul keinginan untuk berusaha sedaya upaya menunaikan solat.

Doktor dan nurse harus mahir hal ini.Mungkin perlu diadakan subjek fiqh dan perubatan untuk paramedic ini.Bagi yang terjun kebidang ini untuk tujuan dakwah…syabas dan teruskan perjuangan anda.JSemoga terus istiqamah..ika tidak jadikan ia halatuju anda .kerana ia wasilah dakwah dan islah yang besar .

“Makcik macammana hari ni?Rase sihat?Untuk lebih cepat sembuh…nanti masuk waktu makcik solat ye..sebab solat ni boleh melancarkan pergerakan darah dan menghilangkan tension..makcik akan rasa lebih tenang”
Bukankah indah kalau dialog2 seumpama ini dilazimi paramedic?

Setidak-tidaknya yang tak solat akan mula rasa menyesal atau segan bila tak solat.

Sambil merawat sambil berdakwah.Merawat juga sebenarnya

.Merawat jiwa.

No comments: